08 April 2013

Chang Yeow fitnah sebab BN jual tanah sekaki RM1 :Guan Eng


LIM Guan Eng (duduk, depan) bersama-sama Adrew Yong baru-baru ini mengemukakan bukti dokumen berwajib yang mendedahkan Kerajaan Negeri era Barisan Nasional pada tahun 1999 pernah meluluskan penambakan 940 ekar tanah kepada pemaju dengan harga RM1 sekaki persegi.

PENGERUSi Barisan Nasional Pulau Pinang, Teng Chang Yeow didakwa melakukan fitnah terhadap Kerajaan Negeri gara-gara mendakwa 110 ekar tanah tebus guna Tanjong Tokong tidak pernah wujud di negeri berkenaan.

Pemangku Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng berkata, fitnah itu sengaja dilakukan demi menghalang hasrat Kerajaan Negeri sekarang mahu membina empat lebuh raya serta terowong bawah dasar laut bernilai RM6.3 bilion sebagai langkah mengurangkan kesesakan trafik di George Town menjelang tahun 2020 nanti.

Sekiranya 110 ekar tanah tebus guna itu benar-benar tidak pernah wujud, Guan Eng mempersoal mengenai kewujudan satu dokumen perjanjian ditandatangan pada tahun 1999 yang mendedahkan Kerajaan Negeri era Barisan Nasional dulu pernah meluluskan penambakan 940 ekar tanah di Tanjong Pinang kepada pemaju dengan harga serendah RM1 sekaki persegi.

"Bagaimana dia (Chang Yeow) boleh berbohong dan fitnah (sedangkan) perjanjian itu dilakukan pada semasa zaman Barisan Nasional masih menguasai Keraaan Negeri.

"Dakwaan Teng bahawa tanah tebusguna itu tidak wujud adalah fitnah kerana BN-lah yang telah meluluskan penambakan tanah 940 ekar dengan harga mengejut RM1 sekaki persegi dengan syarat 10% tanah diberi kepada kerajaan negeri," tanya beliau sambil mendedahkan dokumen perjanjian berwajib tersebut baru-baru ini.

Adrew Yong selaku Pegawai Khas Undang-Undang bagi Ketua Menteri turut hadir pada sidang media di Kompleks Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), Bayan Lepas.

Menurut Guan Eng, Kerajaan Negeri Pulau Pinang sekarang berjaya meningkatkan jumlah tanah tebus guna itu daripada 10 peratus kepada 20 peratus, yang akan digunakan untuk membiayai pembinaan empat lebuh raya utama ini.

"Tidak ada sebarang wang tunai yang akan dibayar, tetapi, bayaran akan dibuat dalam bentuk 110 ekar tanah tebusguna di Tanjung Pinang yang kini lebih dikenali sebagai Tanjong Tokong," jelas beliau.

Justeru, Guan Eng berkata, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa pembohongan Chang Yeow itu demi menutup unsur penyelewengan dalam urus tadbir Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon semasa menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang dulu.

Terdahulu, Kerajaan Pusat di bawah pemangku perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri bersama-sama Wen Jia Bao (Perdana Menteri China) pada dua tahun lepas dilaporkan menyaksikan pembabitan Guan Eng dalam majlis peranjian persefahaman (MoU) projek tersebut.

Ekoran itu, pemaju Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd. yang dipengerusikan oleh kontraktor Melayu bernama Datuk Zarul Ahmad Zulkifly dipilih melalui tender terbuka bagi membina projek empat lebuh raya serta terowong bawah dasar laut yang bernilai RM6.3 bilion.

Melalui proses tender terbuka pada 11 November 2011, pemaju berkenaan dipilih kerana menawarkan harga terendah berbanding yang dijangka oleh Kerajaan Negeri, iaitu RM8 bilion.

Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Guan Eng bersetuju untuk menyerahkan 110 ekar tanah tebus guna itu kepada pemaju, sebagai tukar ganti pada pembinaan projek bernilai RM6.3 bilion; sebelum dipertikai oleh pembangkang Pulau Pinang, termasuk Chang Yeow sendiri. -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus