08 April 2013

Masalah BN Perlis punca Istana panggil Juanda mengadap Zohor tadi?

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya diperkenan mengadap Raja Perlis sejurus selepas Zohor tadi menggamit pelbagai tanda tanya.

Sumber istana memberitahu, kesemua pemangku Exco Kerajaan Umno Negeri tidak pula dipanggil mengadap.

"Kalau wakil BN tak ada, maknanya Raja Perlis tak panggil laa tuu. Mungkin ada benda yang Raja beritahu Dr Juanda pasal BN Perlis," ujar sumber menerusi WhatsApp sebentar tadi.

Tambah sumber, langkah Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengumumkan Juanda sebagai calon PKR kelmarin mungkin demi memberi laluan kepada mufti muda itu ke Istana hari ini.

"Orang Istana pun ikut perkembangan politik di Perlis walaupun kami tidak sokong mana-mana pihak (parti)," ujar sumber lagi.

Apakah khabar Juanda bertanding atas kerusi PKR sebelum ini punca mufti itu dijemput ke Istana selepas Zohor tadi?

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus