Skip to main content

Posts

Showing posts from March 20, 2015

Fokus IKRAM 'Islah' demokrasi – Ir. Jamaluddin Abdullah

SABITAN bersalah ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Februari lepas di Mahkamah Tinggi Persekutuan turut mendapat reaksi langsung daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM).
Sambil melahirkan rasa simpati kepada keluarga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkenaan, Presiden IKRAM, Ustaz Dr. Mohd. Parid Sheikh Ahmad dalam kenyataannya pada 12 Februari lepas menasihatkan rakyat supaya bersabar dalam menegakkan kebenaran dalam proses demokrasi tanah air ini.
“IKRAM berharap rakyat terus bersabar dan meneruskan perjuangan menegakkan keadilan dan kebenaran.
“IKRAM ingin memperingatkan bahawa segala kebenaran akan digambarkan oleh Allah Subhanahu wa Taala di Mahkamah Agung-Nya di mana tiada apa yang boleh disembunyikan,” jelas Dr. Mohd. Parid.
Kenyataan tersebut menggamit perhatian banyak pihak, sehingga ada yang bertanya, apakah IKRAM ini adalah sebuah pertubuhan politik?
Ikuti wawancara fotojurnalis, Zainulfaqar Yaacob (FAQAR) dengan Yang di-Pertua IKRAM Pulau Pinang, Ir. Jamaluddin Abdullah,…

Punca PAS, DAP bertengkar...

TEORIKAL PAS, PRAKTIKAL DAP PUNCANYA
"Mengerjakan Haji itu wajib, kenapa ayah tak pergi lagi," tanya anak.
"Macam mana aku nak pergi, tak dapat lagi surat daripada Tabung Haji," respons ayah.
Anak bercakap dalam kerangka teorikal (at-tasyri').
Ayah bercakap dalam kerangka praktikal (taqnin at-tasyri' atau tanfiz).
Cara berfikir dalam kerangka yang berbeza, lazimnya akan melahirkan cara bertindak yang beza.
Ayah berfikir dalam kerangka praktikal, sebab itu beliau tak pergi lagi Haji, sungguhpun apa yang anak sebut itu benar - mengerjakan haji adalah rukun Islam kelima.


Teorikal vs Praktikal
Dalam Pakatan Rakyat, tidak ada sesiapa ayah dan anak.
PAS, DAP dan satu parti lagi, iaitu PKR adalah bersama dalam Pakatan Rakyat.
Tak perlulah saya ulas, kerana DAP di Pulau Pinang sudah sampai peringkat mendesak Pakatan Rakyat memutuskan kerjasama politik dengan PAS.
Begitu juga di Kelantan pula, DAP didesak menghormati langkah PAS membentangkan Hudud di DUN sebagai proses demok…