20 March 2015

Punca PAS, DAP bertengkar...

(Dari kiri) Peguam Ahmad Jailani Abdul Ghani, Zolkifly Md Lazim dan saya.

TEORIKAL PAS, PRAKTIKAL DAP PUNCANYA

"Mengerjakan Haji itu wajib, kenapa ayah tak pergi lagi," tanya anak.

"Macam mana aku nak pergi, tak dapat lagi surat daripada Tabung Haji," respons ayah.

Anak bercakap dalam kerangka teorikal (at-tasyri').

Ayah bercakap dalam kerangka praktikal (taqnin at-tasyri' atau tanfiz).

Cara berfikir dalam kerangka yang berbeza, lazimnya akan melahirkan cara bertindak yang beza.

Ayah berfikir dalam kerangka praktikal, sebab itu beliau tak pergi lagi Haji, sungguhpun apa yang anak sebut itu benar - mengerjakan haji adalah rukun Islam kelima.


Teorikal vs Praktikal
Dalam Pakatan Rakyat, tidak ada sesiapa ayah dan anak.

PAS, DAP dan satu parti lagi, iaitu PKR adalah bersama dalam Pakatan Rakyat.

Tak perlulah saya ulas, kerana DAP di Pulau Pinang sudah sampai peringkat mendesak Pakatan Rakyat memutuskan kerjasama politik dengan PAS.

Begitu juga di Kelantan pula, DAP didesak menghormati langkah PAS membentangkan Hudud di DUN sebagai proses demokrasi.

Alasan PAS, antaranya, Hudud sudah lama diperjuangkan oleh parti Islam berkenaan.

Manakala, DAP berpendapat, antaranya, Hudud akan meninggalkan implikasi pada perlembagaan.

Kalau dilihat betul-betul, PAS bercakap dalam kerangka teorikal, sudah tentu berbeza dengan DAP yang bercakap dalam kerangka praktikal.

Macam perbezaan tingkah laku anak dan ayah, disebabkan cara berfikir anak-beranak itu dalam kerangka yang tak sama.

Justeru, PAS dan DAP perlu menyusun cara berfikir dengan menentukan cakap masing-masing dalam kerangka kerangka teorikal dan praktikal terlebih dahulu, untuk berbincang.

Barulah boleh menyusun perbezaan impian parti masing-masing dalam mengukuhkan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat ke arah menumbangkan Umno BN di PRU14.

Cara berfikir berbeza lazimnya melahirkan tindak-tanduk yang berbeza juga, jika tidak diurus betul.

Sekian.

ZAINULFAQAR YAACOB
Timbalan Pengerusi II
PasMa Pulau Pinang

+60194241583
faqar.blogspot.com


No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus