ZAKAT Pulau Pinang (ZPP) menambah RM100 lagi saguhati untuk asnaf Fakir dan Miskin menjadi kadar yang diterima masing-masing berjumlah
RM450 dan RM400.
Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Mohd. Salleh Man berkata, peningkatan kadar saguhati sempena Hari Raya Puasa itu diputuskan berdasarkan peningkatan jumlah kutipan Zakat Fitrah bagi tahun lepas.
"Kenaikan ini melibatkan pertambahan jumlah agihan kepada RM3,668,350 berbanding tahun lalu RM2,761,450," ujar beliau pada Majlis Penyerahan Sumbangan Hari Raya Kepada Fakir Miskin di sini baru-baru ini.
Pengurus Besar ZPP, Dr. Azman Abdul Samat turut hadir pada majlis yang diadakan di Masjid Jamek Permatang Janggus di sini.
Mohd. Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir berkata, seramai 9,069 orang pelbagai asnaf menerima Zakat Fitrah menjelang hari lebaran kali ini.
Dari jumlah itu, beliau berkata, seramai 815 asnaf Fakir atau golongan yang berpendapatan kurang daripada kepe…