01 August 2013

Mengapa kadar tol jambatan kedua bercanggah - MP Bayan Baru

SIM Tze Tzin
KEMENTERiAN Kerja Raya didesak mengumumkan kadar sebenar tol bagi Jambatan Kedua Pulau Pinang yang didakwa bercanggah dengan beberapa kenyataan berwajib sebelum ini.

Ahli Parlimen (MP) Bayan Baru, Sim Tze Tzin menyoal demikian kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof semasa sidang Dewan Rakyat di Parlimen baru-baru ini.

“Saya bertanya, adakah kadar tol sudah diputus. Jika ya, berapakah kadarnya,” jelas Tze Tzin di sini baru-baru ini.

Menurut beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini pernah mengumumkan tol bagi kereta biasa pada kadar RM9.40.

Kemudian, katanya, ada pihak menyatakan tol berkadaran RM8.50 pula.

Pada bulan Mac tahun lepas, katanya lagi, dilaporkan, tol berkadaran RM7.00 dengan temoh konsesi dilanjutkan dari tahun 2018 hingga tahun 2038.

“Saya khuatir kadar sebenar kelak jauh lebih tinggi dari apa yang dinyatakan sebelum ini kerana ia benar-benar mengelirukan.

“Kenyataan kerajaan pusat sebelum ini bahawa kadar tol kedua-dua jambatan akan disamakan juga menimbul kekeliruan,” katanya.

Tuntas itu, beliau berkata, pengguna Jambatan Kedua Pulau Pinang itu wajar diberitahu kadar sebenar tol.

Tidak cukup dengan itu, beliau berkata, penggiat industri di kawasan Zon Perindustrian Bayan Lepas juga perlu diberitahu lebih awal menganai kadar sebenar tol di jambatan baru tersebut bagi memudahkan pelan belanjawan logistik kilang masing-masing.

“Saya bimbang apabila diumumkan kelak, kadarnya membebankan rakyat.

“Adakah kadar tol Jambatan Pulau Pinang akan dinaikkan dan sama dengan kadar tol Jambatan Kedua Pulau Pinang?,” soalnya lagi.


Projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang yang menelan kos RM4.5 bilion itu dijangka siap sepenuhnya menjelang November tahun ini. 

Namun, kerja-kerja pembinaan dihentikan serta-merta sehingga kini, ekoran runtuhan struktur tanjakan pada 6 Jun lalu.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus