Skip to main content

Posts

Showing posts from November 9, 2014

'Tuan Tanah', penduduk Kg. Matahari Jatuh sama ditipu - RAGAS

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOBTELUK KUMBAR - Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada tahun 2009 pernah menolak permohonan plaintif dengan kos untuk mengusir penduduk Kampung Matahari Jatuh kerana peguam kepada Osman bin Jan dan seorang ceti gagal mengemukakan bukti mengenai ketuanpunyaan masing-masing ke atas berkenaan, dedah Pengerusi Badan Bertindak Rumah Ganti Rumah (RAGAS) Zolkifly Md Lazim.Ketetapan mahkamah itu, katanya, sekaligus menyerlahkan bahawa pengakuan ketuanpunyaan K. Shamuggam ke atas tanah tersebut pun seakan boleh dipertikai kerana beliau turut ditipu oleh tuan tanah asal, sama seperti 17 penduduk terbabit di sini."Kesemua 17 mangsa ditipu dalam pembelian tanah pada tahun 2002...Shamuggam sendiri pun seakan ditipu dalam jual beli tanah yang sama pada tahun 2011 jika ya membeli tanah tersebut."Bagaimana K. Shamuggam boleh mengusir penduduk di atas Kampung Matahari Jatuh sedangkan beliau sendiri ditipu oleh dua tuan tanah asal," ujar Zolkifly yang juga Pengerusi Laj…

Surat Azmin sendiri minta Pusat dedah inti perjanjian KIDEX, kata Anwar Ibrahim

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
PENANTI - Menteri Besar Selangor Azmin Ali sendiri dalam suratnya meminta Kerajaan Pusat mendedahan inti perjanjian Projek Lebuh raya Kinrara-Damansara (KIDEX) bernilai RM9.6 bilion, tegas Penasihat KeADILan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada wartawan.
Menurut Anwar, inti perjanjian KIDEX tidak wajar dirahsiakan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana membabitkan proses penebusgunaan tanah rakyat.
"Saudara Azmin telah tulis surat kepada Kerajaan Persekutuan meminta (inti perjanjian) ini dibuka.
"Kalau betul perjanjian itu telus membawa faedah untuk rakyat, takut apa untuk dedahkan.
"Yang paling penting, projek ini mesti didedah dan dinilai sebaik mungkin agar memberi manfaat terbanyak kepada rakyat, bukan segelintir orang kaya tertentu," ujar Anwar pada pagi tadi, selepas selesai Majlis Perasmian Naik Taraf Jalan Madrasah An-Nahdhoh & Projek Tebatan Banjir Parlimen Permatang Pauh di sini.

Pengerusi KeADILan Pulau Pinang merangkap Pengerusi…

Mengapa PERDA bina rumah mewah RM1.85 juta atas tanah rancangan perumahan awam, tanya Guan Eng

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
PENANTI - Agensi Persekutuan, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) digesa memberi penjelasan mengenai amalan membina rumah mewah semahal RM1.85 juta di atas tanah rancangan perumahan awam seperti dekat Teluk Kumbar kini.
Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng semasa membuat geasaan itu turut menasihat Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman supaya tidak lagi beralih kononnya Kerajaan Negeri sukar meluluskan pelan kebenaran merancang yang dimohon oleh PERDA.
"Apabila dia (PERDA) memohon pembinaan perumahan awam daripada Kerajaan Negeri, dia pandai masukkan bersama permohonan bina rumah mewah.
"Kalau angkat tanah rakyat yang kononnya untuk membina rumah awam, tetapi bina rumah mewah, takkanlah Kerajaan Negeri tidak boleh persoalkan," ujar Guan Eng kepada wartawan di sini pada pagi tadi, sebelum berlangsungnya Majlis Perasmian Naik Taraf Jalan Madrasah An-Nahdhoh & Projek Tebatan Banjir Parlimen Permatang Pau…