09 November 2014

'Tuan Tanah', penduduk Kg. Matahari Jatuh sama ditipu - RAGAS

ZOLKIFLY Md. Lazim (kanan) saling berinteraksi dengan dua wakil Badan Bertindak Selamatkan Penduduk Kampung Matahari Jatuh, Zamberi Md. Isa (tengah) dan Ahmad Bashir Md. Ali (kiri) di sini, petang tadi.
ANGGOTA Badan Bertindak Selamatkan Kampung Matahari Jatuh yang bakal diusir dari tanah Kampung Matahari Jatuh bergambar dengan Zolkifly Md Lazim (dua dari kiri) dan Mohd Salihin Tahir (paling kiri) selepas majlis interaksi di sini, petang tadi.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

TELUK KUMBAR - Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada tahun 2009 pernah menolak permohonan plaintif dengan kos untuk mengusir penduduk Kampung Matahari Jatuh kerana peguam kepada Osman bin Jan dan seorang ceti gagal mengemukakan bukti mengenai ketuanpunyaan masing-masing ke atas berkenaan, dedah Pengerusi Badan Bertindak Rumah Ganti Rumah (RAGAS) Zolkifly Md Lazim.

Ketetapan mahkamah itu, katanya, sekaligus menyerlahkan bahawa pengakuan ketuanpunyaan K. Shamuggam ke atas tanah tersebut pun seakan boleh dipertikai kerana beliau turut ditipu oleh tuan tanah asal, sama seperti 17 penduduk terbabit di sini.

"Kesemua 17 mangsa ditipu dalam pembelian tanah pada tahun 2002...Shamuggam sendiri pun seakan ditipu dalam jual beli tanah yang sama pada tahun 2011 jika ya membeli tanah tersebut.

"Bagaimana K. Shamuggam boleh mengusir penduduk di atas Kampung Matahari Jatuh sedangkan beliau sendiri ditipu oleh dua tuan tanah asal," ujar Zolkifly yang juga Pengerusi Lajnah Ekonomi Pulau Pinang di sini petang tadi.

Zolkifly yang juga Pengerusi PasMa Pulau Pinang turut memuji amalan pentadbiran Ketua Menteri Lim Guan Eng senantiasa berusaha meningkatkan kualiti penempatan rakyat di negeri ini.

Koordinator RAGAS Bahagian Pulau, Mohd. Salihin Tahir memberitahu bahawa kes Kampung Matahari Jatuh tersebut kini turut dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus