04 September 2014

Mangsa jumpa RAGAS adu kes tipu tanah Kg. Matahari Jatuh

MOHD. Salihin Tahir (dua dari kiri) mengadakan interaksi dua hala dengan kelima-lima mangsa penipuan broker serta ugutan ceti, di sini pada malam tadi.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BAYAN LEPAS - Lima mangsa mengaku diugut ceti haram untuk merobohkan rumah masing-masing hingga kini, selepas ditipu oleh broker tanah lot di Kampung Matahari Jatuh dekat Teluk Kumar pada tahun 2002.

Mereka, Zamberi (0174561684), Bashir (0174882466), Abdul Rahim (0135359729), Muhammad (01116711155) dan Nor Juliana (0174544462) membuat aduan itu kepada wakil Badan Bertindak Rumah Ganti Rumah Selesa (RAGAS) Mohd Salihin Tahir dalam satu pertemuan tertutup di sini, malam tadi.

Melalui broker Norhisham Bakar, kesemua mangsa pada tahun 2002 mengaku telahpun membeli selot tanah tersebut daripada tuan punya, arwah Osman bin Jan, dengan tunai RM25,000.

Malangnya, kesemua dokumen pembelian lot tanah tersebut kini disahkan palsu.

"Semua dokumen bagi 17 lot di atas tanah berkeluasan 3.25 ekar itu, termasuk kami berlima tandatangan dan bina rumah di sini rupa-rupanya palsu.

"Ceti baru, Shamuggam baru-baru datang ke sini dengan jentolak mengaku sebagai pemilik tinggal tanah ini dan mengugut untuk roboh rumah kami dalam masa satu setengah bulan.

"Kami takut dan hairan...di pegawai pejabat tanah, pegawai pun heran bagaimana rekod ketuanpunyaan sebahagian (1/2) Osman bin Jan dan seorang lagi ceti boleh hilang dalam rekod geran tersebut, sebelum dipindah milik kesemuanya (1/1) kepada Shamuggam.

"Akhirnya, kami berjaya kaveat tanah tersebut di pejabat tanah, hingga diugut oleh Shamuggam baru-baru ini," jejas mereka.

Respons RAGAS
Menurut Mohd. Salihin, kes terbaru ini telahpun dirujuk kepada Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mohd. Rashid Hasnon, Datuk Abdul Halim Hussain (Ketua PKR Cabang Balik Pulau) dan peguam Subash Hassan Aboo Haniffa (0194708609) untuk tindakan selanjutnya.

"Saya telah syor satu badan bertindak ditubuhkan di sini (Kampung Matahari Jatuh), sebagaimana di Kampung Tengah dan di (Kampung Permatang Tok Subuh) supaya satu suara sahaja wakili penduduk untuk mendepani Encik K. Shamuggam.

"Manakala, peguam (Subash Hassan) akan mula mendapatkan dokumen berwajib daripada pejabat tanah mulai esok, untuk kaji status ketuanpunyaan Encik Shamuggam.

"8.00 malam esok, satu interaksi susulan akan dibuat di pejabat Datuk Mohd. Rashid (Pusat Khidmat Rakyat ADUN Pantai Jerejak)," respons Mohd. Salihin (012580 1211) kepada wartawan.

Manakala, Pengerusi RAGAS, Tuan Haji Zolkifly Md Lazim (0124810074) semasa dihubungi kemudian mensyor dedah ketuanpunyaan tanah itu sebagaimana yang dituntut oleh penduduk asal Kampung Permatang Tok Subuh.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus