31 July 2014

Dedah rekod ketuanpuanyaan tanah Kg. Pmtg Tok Subuh, rayu RAGAS


ZOLKIFLY Md. Lazim bersama-sama anak yatim pada Majlis Rumah Terbuka Ambang 1 Syawal di sini baru-baru ini. 

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

KEPALA BATAS - Badan Bertindak Rumah Ganti Rumah Selesa (RAGAS) merayu Kerajaan Negeri mempertahan kepentingan baki 26 keluarga asal Kampung Permatang Tok Subuh, dengan mendedahkan keseluruhan rekod ketuanpunyaan sebidang tanah yang kononnya dipunyai syarikat Distinct Class Sdn. Bhd..

Pengerusinya Zolkifly Md. Lazim  menjelaskan, rekod ketuanpuanyaan dari Pejabat Tanah Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) yang diperolehi menunjukkan syarikat misteri itu pernah menerima saman pemula (No. 24-1828-2005) bertarikh 17 Mei 2006 di Mahkamah atas sebab cubaan kebenaran pindah milik tanah secara tidak sah.

“Ketetapan mahkamah semasa itu jelas menunjukkan bahawa ketuanpunyaan syarikat RM2 ini (Distinct Class) ini adalah tak sah.

“Tak mungkin pihak berkenaan boleh melakukan pindah milik pada tahun 2006 itu, melainkan wujud pelanggaran undang-undang dalam Kerajaan Negeri era Umno dulu melalui Pejabat Tanah Daerah SPT sendiri,” ujar Zolkifly pada Majlis Rumah Terbuka Ambang 1 Syawal RAGAS bersama-sama anak yatim di sini baru-baru ini.

Menurut Zolkifly, langkah proaktif Kerajaan Negeri mampu menghalang nekad Distinct Class mengusir penduduk asal kampung berkenaan melalui permohonan penghakiman terus (summary judgement).

Selepas beberapa kali proses mitigasi ditangguhkan, Hakim Mahkamah Sesyen Butterworth Puan Nabisha Ibrahim menetapkan rundingan diteruskan pada 8 Ogos depan.

“Perjuangan penduduk asal Kempung Permatang Tok Subuh ini kuat kerana menerima sokongan orang-orang seperti Hamidah Che Embi (Pengerusi Badan Bertindak Selamatkan Kepentingan Penduduk Kampung Permatang Tok Subuh), Ketua Menteri YAB Lim Guan Eng, Steven Sim Chee Kiong (Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Lee Khai Loon (ADUN Machang Bubuk), Jab Samat (bekas Pengerusi PKR Cabang Bukit Mertajam) dan Mohd. Ikhwan Nasser Mohamad Isa (Ketua AMK Bukit Mertajam).

“Saya yakin kekuatan kita berkali ganda lagi semasa proses mitigasi pada 8 Ogos depan jika keseluruhan rekod ketuanpunyaan tanah tersebut didedah demi nyah permohonan (penghakiman terus) Distinct Class nanti,” jelas Zolkifly, yang juga Pengerusi Lajnah Ekonomi PAS Pulau Pinang.

Dalam perkembangan lain, Hamidah turut menjemput semua pihak berwajib ke Majlis Rumah Terbuka Kampung Permatang Tok Subuh pada Selasa, 5 Ogos, bermula jam 4.30 petang hingga 7.30 petang.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus