Skip to main content

Posts

Showing posts from July 22, 2017

Di sebalik Revolusi Perindustrian 4.0...

PENULIS di Kafe Sains Pulau Pinang (PSC) dekat bangunan warisan Wisma Yeap Chor Ee, George Town pada 20 Julai 2017. PSC ini adalah salah satu projek 'Long Range Planning' Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng bersama-sama beberapa firma korporat swasta demi melonjak lagi keunikan Pulau Pinang sebagai Pusat Perkembangan Tekno-Keusahawanan negara kelak.

Oleh: Zainulfaqar Yaacob@DEKPOS | Diskusi Politik Ekonomi Sosial

Wacana Ekonomi | Kebangkitan kaum tani menentang sistem perhambaan tuan tanah di Britain yang terjadi sejak hujung kurun ke-16 masihi lagi, akhirnya menyumbang dalam peningkatan produktiviti sektor pertanian itu pada beberapa kurun selepas itu.
Jika tiada kebangkitan petani dan buruh di Britain umpamanya, dorongan menghasilkan kejenteraan mesin secara langsung untuk meningkatkan produktiviti sektor pertanian itu sendiri mungkin tidak berlaku.
Jika difahami hakikat ini, kita akan faham Revolusi Perindustrian terdahulu pada akhir kurun ke-18 dan awal kurun ke-19 di Eropa…