18 August 2014

Takkan Faekah pertahan Khalid sebab...

ANWAR Ibrahim.

Perebutan jawatan Menteri Besar Selangor daripada Tan Sri Khalid Ibrahim sehingga kini berpunca oleh perebutan RM3 bilion dalam Kerajaan Negeri itu, dalih Faekah Hussin.

Sepatutnya Datuk Seri Anwar Ibrahim pada PRU13 lepas tidak mengubah Khalid dari Ijok ke kerusi DUN yang lebih selamat, iaitu Pelabuhan Klang.

Sepatutnya Anwar tidak membawa nama Khalid sahaja sebagai Menteri Besar pasca PRU13 ke Istana, kerana RM3 bilion itu telah wujud dalam akaun negeri sejak sebelum pilihan raya umum lepas lagi.

Di sinilah tidak logiknya fitnah Faekah ke atas keluarga Anwar, yang kononnya giat ingin membolot RM3 bilion dana Kerajaan Selangor, dengan merebut jawatan MB Selangor daripada Khalid.

Apa pula logik Faekah pertahan Khalid secara pentadbiran dan peribadi belakangan ini, jika bukan sebab RM3 bilion?

Larang upah buruh asing jadi tukang masak utama – Guan Eng

Gambar hiasan.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Kerajaan Negeri mempertimbang larangan penjaja tempatan berlesen menggunakan buruh asing sebagai tukang masak utama antara lain demi memelihara serta memulihara keaslian makanan warisan di negeri ini.

Justeru, Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng, Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) melaksanakan kaji selidik khidmat pelanggan berhubung syor ini.

"Kami sedang menimbangkan untuk membatalkan lesen penjaja jika didapati mengupah pekerja asing untuk menjadi tukang masak utama mereka tetapi kami perlu dapatkan maklum balas orang ramai sebelum melaksanakannya," jelasnya kepada pemberita di sini baru-baru ini.

Guan Eng menjelaskan, kaji selidik yang dijalankan oleh MPPP baru-baru ini mendapati lebih 119 buruh asing diambil bekerja sebagai tukang masak utama di 68 pusat penjaja makanan di negeri ini.

Menurut beliau, kebanyakan dari 68 gerai makan yang dikenalikan oleh tukang masak buruh asing di sekitar Bayan Baru, Relau, Jelutong dan Tanjong Tokong.

Tambah Guan Eng, buruh asing sepatutnya hanya dibenarkan bekerja sebagai pembantu atau pelayan di pusat jaja makanan di negeri ini.

"Kami akan mengambil kira keperluan orang ramai sebelum melaksanakan larangan itu.

"Ia tidak menepati tujuan meluluskan lesen penjaja kepada penduduk tempatan jika penjaja mengupah pekerja asing sebagai tukang masak utama mereka,” ujar Guan Eng.

"Setiakawan PAS tawar calon DAP tanding guna logo parti Islam itu tak pernah dilupakan"

(Dari kiri) LIM Guan Eng, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohamad Sabu saling dilihat setiakawan dalam mengukuhkan muafakat bersama atas nama Pakatan Rakyat.

SUNGGUHPUN PAS akhirnya bersetuju dengan nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baru semalam, tindak-tanduk beberapa pemimpin parti masa depan itu menolak keputusan bersama Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat sebelum ini masih tidak memadamkan amarah banyak pihak hingga kini.

JEFFRREY Chew
Jeffrrey Chew, aktivis muda DAP Pulau Pinang antara yang berkongsi pendapat peribadi mengenai kesetiaan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Jeffrrey berkata, beliau sekeluarga tak pernah lupa setiakawan PAS menawarkan logo parti Islam tersebut untuk digunakan oleh calon DAP pada PRU13 lepas, semasa Pendaftar Pertubuhan (ROS) cuba mengharamkan DAP.

"Mak saya kata: mana ada parti yang begitu setiakawan sampai sanggup beri logo pastinya untuk calon DAP guna (tanding) masa pilihan raya lepas?

"Gerakan tak akan bantu DAP kerana Gerakan memang mahu ROS haramkan DAP, tetapi, mak saya kata: dia tak pernah lupa setiakawan PAS dengan DAP masa PRU13 dulu," respons Jeffrrey Chew.


FRANCIS Ong (dua dari kiri) dan (dua dari kanan) Ahmad Tarmizi Abdullah sekeluarga dan Mat Tiory Khalim (paling kanan) meraikan Ulang Tahun Kelahiran Ke-59 Tuan Haji Mohamad Sabu (tiga dari kanan) dalam satu majlis, pada 14 Oktober 2013.

Seorang lagi aktivis DAP yang turut berkongsi pendapat adalah Francis Ong Koon Liak, iaitu bekas Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Francis selalu digelar 'Cina PAS' kerana keakrapannya dengan Timbalan Presiden PAS Tuan Haji Mohamad Sabu.

Ke mana saja kelibat Mohamad yang lebih dikenali sebagai 'Abang Mat' di Utara Semenanjung Malaysia, di situlah ada Francis dan seorang lagi sahabat, Ahmad Tarmizi Abdullah (Ahli Majlis MPSP).

"Bukan sahaja PAS diuji dengan kesetiaan, sebagai Ahli DAP biasa pun, saya turut diuji setiakawan rakan-rakan saya dari PAS seperti Abang Mat sendiri, di sebalik isu Krisis Menteri Besar Selangor ini.

"DAP dan PAS, dan satu lagi (adalah) PKR nampaknya ada setiakawan untuk menumbangkan kezaliman Umno BN," ujar Francis.

Melihat respons kedua-dua ahli DAP Pulau Pinang ini, terdetik saya untuk bertadabbur ayat 216 dari Surah Al-Baqarah, yang bermaksud:

"...boleh jadi kamu benci sesuatu kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, boleh jadi kamu suka sesuatu kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu..."

Saya pun marah dengan cara peribadi beberapa PAS mengurus konflik kali ini, tetapi cukup tercuit oleh dua respons aktivis muda DAP Pulau Pinang terbabit.

AstaghfiruLlah...

Tiada fatwa haram 'Merdeka Zumba' 31 Ogos, respons Mohd. Rashid Hasnon

MOHD. Rashid Hasnon (empat dari kiri), Teh Khim Chuan (lima dari kiri) serta ahli jawatankuasa penganjur pada sidang media dekat Pejabat Timbalan Ketua Menteri I, sambil mempromosi baju T 'Merdeka Zumba' di sini pada pagi tadi.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Senamrobik 'Merdeka Zumba' sempena Hari Kemerdekaan Kali Ke-57 pada 31 Ogos ini mulai jam 7.00 malam di Persiaran Mahsuri 1, Sunway Tunas dekat Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Pantai Jerejak mensasarkan penyertaan 1,000 orang.

Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mohd. Rashid Hasnon berkata, senamrobik itu jelas bertujuan untuk melahirkan gaya hidup yang sihat, serta mengeratkan lagi jaringan sosial masyarakat.

"Senamrobik ini untuk menyihatkan badan, Mufti Pulau Pinang (Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor) sendiri memaklumkan bahawa tiada fatwa melarang Zumba di Pulau Pinang," jelas Mohd. Rashid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak kepada wartawan di sini, pagi tadi.

Sumber: Malaysians Must Know the TRUTH
Penjelasan itu sebagai respons kepada Persatuan Muka Buku Pulau Pinang yang mendesak 'Merdeka Zumba' dibatalkan,  memandangkan ada Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah pada 15-17 April lepas telahpun mengharamkan orang Islam membabitkan diri dengan tarian zumba.

Bagaimanapun, persatuan mesra Pembangkang Pulau Pinang terbabit tidak pula menjelaskan bahawa tarian zumba anjuran Putri Umno Malaysia yang difatwakan haram di Sabah tersebut antara lain disebabkan percampuran lelaki dan perempuan bukan mahram, elemen muzik keterlaluian dan sebagainya.

"Fatwa mengharamkan zumba di Sabah itu dikeluarkan berdasarkan apa sebenarnya berlaku dalam majlis tersebut di negeri itu, tidak bolehlah diguna pakai di semua negeri termasuk Pulau Pinang.

"Dia (Persatuan Muka Buku Pulau Pinang) kena ada asas yang jelas untuk melarang zumba ini di Pulau Pinang (memandangkan) tiada fatwa mengharamkan senamrobik ini di Pulau Pinang," jelas Mohd. Rashid.

Mohd. Rashid memberitahu, 'Merdeka Zumba' dianjurkan secara bersama oleh Pejabat Timbalan Ketua Menteri I dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Jalan Tengah Utara.

Sebelum itu, Pengerusi JKKK Jalan Tengah Utara, Teh Khim Chuan memberitahu, 1,000 orang pertama yang mendaftar diri secara online di sesawang http://wowfitpg.weebly.com layak untuk mendapat percuma batu T 'Merdeka Zumba', serta acara cabutan bertuah.

"Kita pernah menganjurkan acara jalan kaki sempena dahulu, tahun ini lebih istimewa dengan 'Merdeka Zumba'.

"Pendaftaran percuma dan kita menjangkakan 95 peratus penyertaan adalah daripada kalangan kaum Cina," jelas Khim Chuan.

Info lanjut, hubungi 0124182699 atau 0124553343 atau 0164426412.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus