18 August 2014

Tiada fatwa haram 'Merdeka Zumba' 31 Ogos, respons Mohd. Rashid Hasnon

MOHD. Rashid Hasnon (empat dari kiri), Teh Khim Chuan (lima dari kiri) serta ahli jawatankuasa penganjur pada sidang media dekat Pejabat Timbalan Ketua Menteri I, sambil mempromosi baju T 'Merdeka Zumba' di sini pada pagi tadi.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Senamrobik 'Merdeka Zumba' sempena Hari Kemerdekaan Kali Ke-57 pada 31 Ogos ini mulai jam 7.00 malam di Persiaran Mahsuri 1, Sunway Tunas dekat Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Pantai Jerejak mensasarkan penyertaan 1,000 orang.

Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mohd. Rashid Hasnon berkata, senamrobik itu jelas bertujuan untuk melahirkan gaya hidup yang sihat, serta mengeratkan lagi jaringan sosial masyarakat.

"Senamrobik ini untuk menyihatkan badan, Mufti Pulau Pinang (Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor) sendiri memaklumkan bahawa tiada fatwa melarang Zumba di Pulau Pinang," jelas Mohd. Rashid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak kepada wartawan di sini, pagi tadi.

Sumber: Malaysians Must Know the TRUTH
Penjelasan itu sebagai respons kepada Persatuan Muka Buku Pulau Pinang yang mendesak 'Merdeka Zumba' dibatalkan,  memandangkan ada Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah pada 15-17 April lepas telahpun mengharamkan orang Islam membabitkan diri dengan tarian zumba.

Bagaimanapun, persatuan mesra Pembangkang Pulau Pinang terbabit tidak pula menjelaskan bahawa tarian zumba anjuran Putri Umno Malaysia yang difatwakan haram di Sabah tersebut antara lain disebabkan percampuran lelaki dan perempuan bukan mahram, elemen muzik keterlaluian dan sebagainya.

"Fatwa mengharamkan zumba di Sabah itu dikeluarkan berdasarkan apa sebenarnya berlaku dalam majlis tersebut di negeri itu, tidak bolehlah diguna pakai di semua negeri termasuk Pulau Pinang.

"Dia (Persatuan Muka Buku Pulau Pinang) kena ada asas yang jelas untuk melarang zumba ini di Pulau Pinang (memandangkan) tiada fatwa mengharamkan senamrobik ini di Pulau Pinang," jelas Mohd. Rashid.

Mohd. Rashid memberitahu, 'Merdeka Zumba' dianjurkan secara bersama oleh Pejabat Timbalan Ketua Menteri I dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Jalan Tengah Utara.

Sebelum itu, Pengerusi JKKK Jalan Tengah Utara, Teh Khim Chuan memberitahu, 1,000 orang pertama yang mendaftar diri secara online di sesawang http://wowfitpg.weebly.com layak untuk mendapat percuma batu T 'Merdeka Zumba', serta acara cabutan bertuah.

"Kita pernah menganjurkan acara jalan kaki sempena dahulu, tahun ini lebih istimewa dengan 'Merdeka Zumba'.

"Pendaftaran percuma dan kita menjangkakan 95 peratus penyertaan adalah daripada kalangan kaum Cina," jelas Khim Chuan.

Info lanjut, hubungi 0124182699 atau 0124553343 atau 0164426412.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus