Skip to main content

Posts

Showing posts from December 17, 2015

PR1MA gagal di Pulau Pinang – Exco Perumahan

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) didakwa gagal menunaikan janji menyediakan rumah mampu milik untuk rakyat Malaysia di Pulau Pinang, berbanding usaha berterusan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri hari ini.
Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo berkata demikian semasa mengulas mengenai laporan berita 'PR1MA a total failure, says property expert' dalam akhbar The Sun Biz bertarikh 15 Disember lalu.
"Ini perkara yang penting apabila pemain industri perumahan sendiri yang mendakwa PR1MA secara keseluruhannya gagal.
"Saya menggesa Kerajaan Persekutuan supaya memberikan kepada Pulau Pinang senarai pemohon sebenar unit rumah yang ada pada mereka (PR1MA)," tegas Jagdeep yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat di sini, semalam.
Lagi pun katanya, sebanyak 4,355 unit rumah kos rendah (KR) dan 769 unit rumah kos rendah (KR) sahaja dibina oleh Kerajaan Negeri era Barisan Nasional…