Skip to main content

Posts

Showing posts from September 3, 2014

Innoplex, 3T mampu penuhi minat pelabur – Guan Eng

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Pemajuan terbaru bangunan kompleks berinovasi atau innoplex oleh Perbadanan Pembanguan Pulau Pinang (PDC) yang bernilai RM62 juta di Zon Perindustrian Bebas  Bayan Lepas dekat kawasan Parlimen Bayan Baru disasar siap pada Jun tahun ini.
Ketua Menteri, YAB Tuan Lim Guan Eng memberitahu, penempatan serta operasi tunggal bahagian penyelidikan dan pembangunan (R&D) Motorola Solution di bangunan innoplex itu diharap menggamit minat lebih ramai pelabur industri berprestasi tinggi ke negeri ini.
“Untuk mewujudkan pembangunan kreativiti dengan lebih pantas, kita (Kerajaan Negeri) memerlukan ‘3T’, Telent (bakat), Technology dan Tolerence (iaitu) toleransi dengan idea baru dan sikap keterbukaan Kerajaan Negeri dengan keperluan pelaburan hari ini.
“Sasaran projek pemulihan dan peremajaan ini juga adalah untuk menaik taraf taman perindustrian dan perniagaan (Zon Perindustrian Bebas dekat Bayan Lepas) supaya mencipta lebih banyak (peluang) pelaburan dan peke…

Pelopor istilah 'Munafik Haraki' Khairuddin At-Takiri, Presiden ISMA kongsi pentas simposium 25 Okt

KETUA Penerangan Majlis Syura Ulamak (MSU) PAS Datuk Dr Khairuddin At-Takiri akan berkongsi pentas dengan Presiden ISMA Ust Abdullah Zaik Abd Rahman dalam satu simposium 25 Oktober depan di Dewan Abu Zarim, ILSAS UNITEN, Bangi.

Peribadi tersebut semasa Khairuddin disebut-sebut salah seorang pemimpin PAS pro Kerajaan Perisian dengan Umno, manakala ISMA pula digambarkan pertubuhan pelampau Melayu Islamik di negara ini.

Adakah MSU yang putus beliau mewakili sayap ulamak PAS ke sana? Wala'?

"Selepas gagal heret PAS bersama-sama Umno atas nama Kerajaan Perpaduan, takkan nak heret Dewan Ulamak PAS untuk bersama pelampau ISMA pula?" - BJ Faqar

Operasi CCTV di Sbrg. Perai 24 jam - Guan Eng

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOBSEBERANG JAYA - 86 kamera televisyen tertutup (CCTV) siap dipasang di beberapa lokasi strategik sekitar Seberang Perai serta beroperasi 24 jam demi meningkatkan mutu keselamatan rakyat di negeri ini.Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telahpun menambah bilangan pegawai operasi di bilik pemantauan CCTV, sebagai usaha membantu polis mengawasi jenayah."(Pemantauan CCTV) 24 jam MPSP dengan sokongan polis di Seberang Perai sahaja."(Ini kerana,) tak cukup Pulau Pinang dilihat selamat, tetapi, yang lebih penting tiap-tiap kita (rakyat) benar-benar berasa selamat," ujar Guan Eng pada majlis perasmian operasi di bilik kawalan CCTV dekat Kompleks Ibupejabat MPSP, Bandar Perda di sini baru-baru ini.Hampir semua Exco Kerajaan Negeri dan wakil Ketua Polis Negeri, Datuk Wira Abd. Rahim Hanafi, serta Sr. Rozali Mohamud  turut menyertai majlis tersebut.Difahamkan, MPSP memasang 56 kamera …

Ahli PAS sedia wadah alternatif jika Abdul Hadi degil heret parti keluar Pakatan

Penyokong Datuk Fadhil Mohd. Noor dalam PAS sejak minggu lepas telahpun memulakan kempen untuk mengekalkan kedudukan parti masa depan itu dalam Pakatan Rakyat, jika Presiden PAS hari ini Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih berdegil mahu mewujudkan kerjasama tidak langsung dengan Umno, khususnya dalam menangani krisis politik di Selangor kini.100 ahli PAS telahpun menubuhkan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PAS Malaysia) - nama mirip pada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) - untuk menghadapi onar dan kepemimpinan konservatif Abdul Hadi, selain, mahu mengekalkan posisi kumpulan Islamik dalam Pakatan Rakyat.The Malaysian Insider melaporkan,Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) telah ditubuhkan selepas kira-kira 100 ahli PAS bertemu di Kota Baru pada hari Ahad, kata sumber, dengan tujuan untuk menangani kemungkinan yang semakin meningkat PAS meninggalkan pakatan itu memihak kepada perkongsian kuasa dengan Umno."Dalam pertemuan pada Hari Merdeka, kami berkumpul lebih daripada 100 ora…

Guan Eng gesa polis kemuka rekod jenayah jika babit 11 PPS

LIM Guan Eng (dua dari kiri) memberi sokongan moral kepada seorang waris anggota PPS di perkarangan balai polis, sambil diperhati oleh dua Exco Kerajaan Negeri Phee Boon Poh (tiga dari kiri) dan Chow Kon Yeow (paling kanan) di sini.Oleh: ZAINULFAQAR YAACOBGEORGE TOWN - Polis digesa menunjukkan rekod jenayah yang didakwa membabitkan anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS), kata Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng.Astro Awani pagi ini melaporkan, Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri tidak akan melindungi mana-mana individu yang tersebut dengan jenayah.Pun begitu, katanya lagi, polis tidak wajar tunduk pada permainan politik pemimpin Umno BN sampai sanggup menafikan sumbangan kesukarelawan PPS.Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Wira Abdul Rahim Hanafi dilaporkan mengesahkan kertas siasatan akan dibuka ke atas semua 156 anggota PPS yang direman semalaman pada 31 Ogos lepas, selepas perarakan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Pulau Pinang.Terdahulu, Guan Eng mengumumkan PP…