LIM Guan Eng (dua dari kiri) memberi sokongan moral kepada seorang waris anggota PPS di perkarangan balai polis, sambil diperhati oleh dua Exco Kerajaan Negeri Phee Boon Poh (tiga dari kiri) dan Chow Kon Yeow (paling kanan) di sini.
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Polis digesa menunjukkan rekod jenayah yang didakwa membabitkan anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS), kata Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng.
Astro Awani pagi ini melaporkan, Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri tidak akan melindungi mana-mana individu yang tersebut dengan jenayah.
Pun begitu, katanya lagi, polis tidak wajar tunduk pada permainan politik pemimpin Umno BN sampai sanggup menafikan sumbangan kesukarelawan PPS.
Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Wira Abdul Rahim Hanafi dilaporkan mengesahkan kertas siasatan akan dibuka ke atas semua 156 anggota PPS yang direman semalaman pada 31 Ogos lepas, selepas perarakan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Pulau Pinang.
Terdahulu, Guan Eng mengumumkan PPS ‘rehat’ hingga ada keputusan mahkamah.
No comments:
Post a Comment