01 September 2014

PPS ‘rehat’ hingga ada keputusan mahkamah

PHEE Boon Poh (kanan) memberi sokongan moral kepada salah seorang waris anggota PPS yang masih direman polis, sambil disantuni Lim Guan Eng (tengah) di sini. Bunga Ros Merah jadi sumbu keharmonian dan perjuangan.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri memutuskan aktiviti membabitkan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) direhatkan sehingga Mahkamah membuat ketetapan berhubung status kesahihan badan sukarela negeri berkenaan.

Dalam satu kenyataan bersama, Kerajaan Negeri turut memutuskan untuk menyediakan khidmat guaman dan bantuan kewangan kepada 156 anggota PPS yang ditahan reman semalam, sejurus selesai upacara perarakan Hari Merdeka Peringkat Negeri di Padang Kota di sini.

"(Kerajaan negeri) memutuskan untuk merehatkan peserta-peserta PPS daripada semua aktiviti berkaitan di Pulau Pinang sehingga keputusan mahkamah dibuat tentang kesahihan PPS.

"Semua peserta PPS yang ditahan itu akan diberikan sumbangan RM200 setiap hari ditahan serta apa-apa kerugian munasabah yang dialami semasa dalam tahanan,” ujar sumber kepada wartawan petang tadi.

Ketua PPS merangkap Exco Kebajikan & Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh yang turut ditahan semalam telahpun dibebaskan bersama-sama 21 anggota lain pada awal pagi ini dengan jaminan polis.

Ahli Parlimen Puchong merangkap pengamal undang-undang Gobind Singh Deo yang diiringi 21 peguambela dari PKR, DAP dan Pusat Bantuan Guaman bagi Majlis Peguam memberitahu bahawa baki mangsa tahanan reman polis mungkin akan dibebaskan lewat malam ini.

Terdahulu, Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 26 Ogos lepas mendakwa kewujudan PPS adalah bersalahan dengan undang-undang, kerana tidak pernah ditubuhkan di bawah Akta Pertubuhan, 1966.

Dakwaan itu, selepas insiden ahli perniagaan Ong Eu Soon, 51, mengaku diserang oleh dua lelaki berpakaian seragam PPS di Air Itam baru-baru ini.

LIM Guan Eng pada sidang media di lobi Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di sini baru-baru ini.

Guan Eng dalam reaksi spontan menganggap dakwaan Khalid itu adalah tidak logik memandangkan PPS ditubuhkan di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri, sebagaimana penubuhan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) di negeri ini dan seluruh negara.

“Seperti JKKK, ia (PPS) ditubuhkan oleh di bawah kuasa Kerajaan Negeri.

"Kalau PPS yang ditubuhkan di bawah kuasa Kerajaan Negeri dianggap tidak sah, maka JKKK di seluruh negara pun boleh dianggap tidak sah kerana ia (JKKK) ditubuhkan di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri dan tidak pernah ditubuhkan di bawah Akta Pertubuhan,” ujar Guan Eng pada satu sidang media berasingan baru-baru ini.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata demikian, selepas menghadiri dwi perbicaraan kes ‘Umno Celaka’ di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, yang membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, R.S.N. di sini.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus