Skip to main content

Posts

Showing posts from December 30, 2013

Sahabat terakhir Rasulullah S.A.W masih hidup sampai sekarang di Jordan?

Percaya atau tidak?, terserah kepada pembaca.. Pohon ini sudah berumur ribuan tahun, namun dengan izin Allah, pohon ini masih hidup dan berbuah hingga kehari ini. Digelar sebagai Pohon Nabi kerana pohon ini dikatakan pernah Rasulullah SAW dari panas terik matahari.Pohon ini sudah berumur ribuan tahun, namun dengan izin Allah, pohon ini masih hidup dan berbuah hingga kehari ini. Kewujudannya menjadi bukti kenabian dan kerasulan Rasulullah SAW dan menjadi pengingatan, kenangan dan bukti sejarah masa lalu serta menjadi tanda kebesaran Allah yang Maha Agung.Dulu ketika Rasulullah SAW melakukan perjalanan menuju Syam bersama Maisarah (pembantu Sayyidatuna Khadijah Ra.) untuk berdagang, Rasulullah Saw. pernah berteduh di bawah pohon ini sebelum sampai ke sana.Pada saat Rasulullah SAW berteduh di bawahnya, dahan dan ranting-ranting pohon ini bergerak menaungi beliau Saw dari panasnya terik matahari.Seorang rahib (pendeta) yang melihat kejadian ini, lantas mendatangi Maisarah dan menunjukkan …

Barah Hajjar tinggal 1.7cm X 2.2cm

Keputusan PET scan Hajjar Hassan baru keluar.Dr. Goh Ai Sim kata, kelenjar barah yang tinggal sebesar 1.7cm X 2.2cm.Ertinya, sakit Cancer Hodgkin Lymphoma (stage 4) Hajjar tidak sembuh sepenuhnya.Dr. Goh cadang Hajjar melalui radioterapi pula dua minggu lagi. Sebelum ini, setiap Isnin kami berulang-alik ke Hospital Pulau Pinang.Selepas ini, kami akan bermukim sama ada di Hospital St. Momarium atau Hospital Pantai untuk 15 sesi radioterapi.Hajjar nampak relaks, saya gembira.


ZAINULFAQAR YAACOB
GH George Town | 12.14 petang

Jangan jadi keldai politik :Abg Polis

Dalam perjalanan balik ke Pulau Pinang semalam, saya berkongsi meja makan dengan beberapa anggota polis di R&R Tapah.Saya tak banyak bercakap sebab saya tahu polis dalam mood tertekan dek arahan Menteri untuk menghalang perhimpunan TURUN 31 Disember di KL."Bulan ini, elaun banyak lah ya Tuan sebab OT banyak," kata saya kepada abang-abang polis.Muka salah seorang abang polis itu terus berubah. Dalam hati saya berdetik, "takkan kita puji pun, muka dia boleh merah padam""Orang lain semua cuti hujung tahun, kami jadi keldai politik 31 Disember ini," kata polis itu.Saya tak terkata apa. Saya harap dia marah menteri yang gred D, bukan rakyat yang gred A.

Siapa akan gulingkan PM 31 Disember, Najib?

NGO mesra Pakatan Rakyat digambarkan mahu menggulingkan Kerajaan Umno Barisan Nasional Pusat pada 31 Disember ini di Kuala Lumpur melalui gabungan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN).Ada satu perkara tidak disebut di sini, iaitu Najib Razak tahu bahawa pasukan Tun Dr Mahathir Mohammad dalam Umno akan menggulingkannya sebagai perdana menteri jika isu kenaikan kos sara hidup rakyat sekarang tidak ditangani segera.Krisis seperti sekarang tidak jauh berbeza dengan krisis pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri, tahun 1997 dulu.Mahathir bijak kerana cepat memberi laluan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi penggantinya, sebagai perdana menteri tidak lama selepas itu.Mahathir sedar krisis perlu diurus dan salah satu kaedah yang wajar adalah melakukan transisi kepemimpinan negara.Kalau tidak buat begitu, lambat laung transisi kepemimpinan yang tidak diurus akan pergi kepada oposisi jua.Apa yang mungkin bersarang dalam kepala otak Mahathir semasa melantik Abdu…