Dalam perjalanan balik ke Pulau Pinang semalam, saya berkongsi meja makan dengan beberapa anggota polis di R&R Tapah.
Saya tak banyak bercakap sebab saya tahu polis dalam mood tertekan dek arahan Menteri untuk menghalang perhimpunan TURUN 31 Disember di KL.
"Bulan ini, elaun banyak lah ya Tuan sebab OT banyak," kata saya kepada abang-abang polis.
Muka salah seorang abang polis itu terus berubah. Dalam hati saya berdetik, "takkan kita puji pun, muka dia boleh merah padam"
"Orang lain semua cuti hujung tahun, kami jadi keldai politik 31 Disember ini," kata polis itu.
Saya tak terkata apa. Saya harap dia marah menteri yang gred D, bukan rakyat yang gred A.
No comments:
Post a Comment