Skip to main content

Posts

Showing posts from July 6, 2015

Adik bertudung litup ini atlet skuasy bawah 15 tahun no. 1 Asia

LATIHAN dua hingga tiga jam tiap-tiap hari kecuali Ahad berjalan seperti biasa walaupun dalam bulan Ramadan ini.
Nur Aliah Izzati Muhammad Anis, 15, berkata, langkah itu demi mengekalkan stamina serta pengalaman, walaupun mengakui rasa dahaga dan lapar sementara menunggu waktu berbuka puasa.
Demikian perkongsian pengalaman atlet skuasy yang kini menduduki ranking nombor satu peringkat Asia pada Jun 2015 itu.
“Walaupun saya boleh berbuka puasa disebabkan terlalu letih dengan latihan ini, tetapi saya tetap berpuasa.
“Saya juga pernah menyertai Hong Kong Junior Open 2014 dalam keadaan berpuasa seperti sekarang (pada bulan Ramadan lepas) dan berjaya mendapat nombor tiga kategori bawah 15 tahun.
“Dapat nombor tiga bukan sebab puasa, tetapi saingan yang kuat serta kelebihan teknik persembahan daripada pencabar,” jelas Nur Aliah Izzati semasa diwawancara oleh fotojurnalis ZAINULFAQAR YAACOBdi Kompleks Pusat Skuasy Antarabangsa Nicol David dekat kawasan Parlimen Jelutong di sini baru-baru in…

Kapal mewah 16 tingkat 'Quantum of the Seas' singgah di P.Pinang

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
PENGKALA KOTA - Kapal pelancongan mewah “Quantum of the Seas” turut berlabuh di Pelabuhan Swettenham dalam lingkaran George Town Tapak Warisan Dunia UNESCO baru-baru-baru ini.
Mewakili Kerajaan Negeri, Exco Pembangunan Pelancongan, Law Heng Kiang serta para wartawan turut dijemput menyertai penjelajahan singkat ke dalam kapal pelancongan kedua terbesar di dunia, sepanjang 347.1 meter dengan 167,800 tan kasar.
Kapal yang pertama kali dibahterakan di khalayak pada November tahun lalu itu terdiri oleh 2,090 unit kamar pelbagai kategori dan empat kolam renang, serta boleh menampung kira-kira 4,180 tetamu.
Dalam perut kapal itu kelihatan bagaikan kompleks membeli-belah 16 tingkat di tengah laut atau (seaplex) yang dilengkapi dengan skydiving simulator, rock-climbing wall, flow rider, room games, pentas teater, blonic bar, under water world, serta menikmati pelbagai juadah enak daripada air tangan chef antarabangsa terkemuka seperti Jamie Oliver, Michael Schwart dan…