Skip to main content

Posts

Showing posts from December 6, 2014

Kenapa insentif Kerajaan Negeri penting untuk PASTI?

INSENTiF merompak bank yang lebih berbaloi daripada hukuman penjara punca mendorong seseorang itu memilih untuk merompak bank.Seseorang buruh akan kurang insentif untuk bekerja lebih masa apabila mengetahui bahawa beliau terpaksa membayar cukai tambahan susulan kenaikan kadar cukai pendapatan oleh kerajaan umpamanya.Ini dua contoh mudah untuk menunjukkan bahawa manusia lazimnya bertindak balas terhadap ganjaran yang bakal diterima atau dilepaskan oleh mereka.Ini salah satu peraturan asas dalam ekonomi.Cuba fikirkan, mengapa kita serta orang di sekeliling kita senantiasa membuat satu-satu keputusan.Sebenarnya, mekanik membaiki kereta bukanlah disebabkan anda mahu memakai kereta yang rosak itu, tetapi, kerana dia dibayar untuk melakukan sedemikian.Begitu jugalah pelayan yang menghidangkan makanan di restorannya, bukanlah kerana anda lapar.Kadang-ladang pelayan tersenyum semasa nelayan pesanan makanan, bukanlah kerana dia batin hati atau mempunyai perasaan yang istimewa kepada anda.Laya…