Skip to main content

Posts

Showing posts from April 1, 2014

Mangsa kebakaran terima sumbangan RM1,500

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
BALIK PULAU - Rumah papan setentang dengan Balai Polis Pulau Betong milik Marzuki Md. Lazim, 55, yang hangus dijilat api menjelang tengah malam tadi menerima RM1,500 sumbangan peribadi daripada Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP), Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa (gambar).
Salah seorang anak mangsa memberitahu, sumbangan itu disalurkan kepada akaun bank ayahnya tengah hari tadi, selepas tersiarnya berita insiden itu di facebook Buletin Mutiara pada awal pagi tadi.
"Walaupun hampir semua barang berharga musnah dalam kebakaran malam tadi, saya bersyukur sebab keluarga kami dibantu," ujar anak Marzuki menerusi telefon.
Terdahulu, rumah abang kepada anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Penerangan merangkap AJK Perhubungan PAS Pulau Pinang, Zolkifly Md. Lazim dilaporkan hangus terbakar dan menerima rakaman ucapan takziah daripada Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon.
Pihak Bomba pada masa kejadian memebitahu pasukan Penyi…

P.Pinang ulangi hasrat tubuh polis bantuan MPPP - Guan Eng

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Pulau Pinang sekali lagi memohon daripada Putrjaya untuk menubuhkan polis bantuan di bawah Majlis Perbadanaran Pulau Pinang (MPPP) di negeri ini.
Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng (gambar) dalam surat kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu, langkah itu perlu memandangkan memandangkan sempadan pentadbiran MPPP yang baru telahpun diperluaskan sehingga 30,253.98 hektar.
Selain itu, menurut Guan Eng, langkah penguatkuasaan pelbagai jenis perundangan di situ sangat diperlukan oleh MPSP memandangkan status George Town sejak 7 Julai 2008 digezet sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Tambah beliau, penguatkuasaan trafik serta kemunculan atenden tempat parkir haram secara berleluasa di kawasan pentadbiran MPPP sudah pasti memerlukan penubuhan polis bantuan di bawah pihak berkuasa tempatan itu.
"Unit polis bantuan ini amatlah diperlukan bagi kerja-kerja penguatkuasaan bagi menjamin keselamtan serta keharmonian pendu…

Rumah abang pimpinan P.Pinang hangus terbakar, TKM1 rakam takziah

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
BALIK PULAU - Rumah papan milik abang kepada anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Penerangan merangkap AJK PAS Pulau Pinang, Zolkifly Md. Lazim yang setentang dengan Balai Polis Pulau Betong di sini hangus dijilat api dalam satu insiden berlaku kira-kira jam 11.40 malam tadi.

Mangsa, Marzuki Md.Lazim, 55, memberitahu, insiden itu berlaku semasa beliau dan ahli keluarga yang lain tiada di rumah.

"Saya pun dapat panggilan telefon bimbit daripada jiran agak lewat kerana di sini (perkhidmatan) telefon biasa telah lama rosak dan tidak dibaiki," ujar Marzuki kepada wartawan.

Manakala, saksi kejadian, Hashim Hassan, 72, memberitahu bahawa beliau terdengar suatu bunyi letupan semasa asyik menonton siaran ulangan televisyen mengenai perbahasan di Dewan Rakyat.

"Saya terkejut dengan bunyi letupan itu. Apabila saya keluar, api sudah marak besar," respons beliau, sambil memberitahu bahawa sebahagian kecil struktur rumah jiran Marzuki turut musnah dijil…