01 April 2014

P.Pinang ulangi hasrat tubuh polis bantuan MPPP - Guan Eng

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Pulau Pinang sekali lagi memohon daripada Putrjaya untuk menubuhkan polis bantuan di bawah Majlis Perbadanaran Pulau Pinang (MPPP) di negeri ini.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng (gambar) dalam surat kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu, langkah itu perlu memandangkan memandangkan sempadan pentadbiran MPPP yang baru telahpun diperluaskan sehingga 30,253.98 hektar.

Selain itu, menurut Guan Eng, langkah penguatkuasaan pelbagai jenis perundangan di situ sangat diperlukan oleh MPSP memandangkan status George Town sejak 7 Julai 2008 digezet sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Tambah beliau, penguatkuasaan trafik serta kemunculan atenden tempat parkir haram secara berleluasa di kawasan pentadbiran MPPP sudah pasti memerlukan penubuhan polis bantuan di bawah pihak berkuasa tempatan itu.

"Unit polis bantuan ini amatlah diperlukan bagi kerja-kerja penguatkuasaan bagi menjamin keselamtan serta keharmonian penduduk negeri Pulau Pinang," ujar Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan dalam suratnya bertarikh 26 Mac lepas.

Terdahulu, cadangan penubuhan polis bantuan MPPP ini pernah dimohon daripada Tan Sri Ismail Omar semasa masih menjadi Ketua Polis Negara, namun ditolak melalui satu surat balasan bertarikh 11 Mac 2011.

Perkembangan terbaru itu sekaligus menyerlahkan komitmen Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang untuk bekerjasama dengan Putrajaya demi meningkatkan kualiti ketenteraman awam di negeri ini.  

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus