01 April 2014

Rumah abang pimpinan P.Pinang hangus terbakar, TKM1 rakam takziah

PASUKAN Bomba kelihatan sedang membuat tinjauan lanjut kawasan-kawasan berbara di rumah mangsa, Marzuki Md Lazim selepas api memarak berjaya dipadamkan.
BEGINILAH rupanya bangkai rumah papan Marzuki Md Lazim selepas Bomba berjaya memadam api kebakaran.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BALIK PULAU - Rumah papan milik abang kepada anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Penerangan merangkap AJK PAS Pulau Pinang, Zolkifly Md. Lazim yang setentang dengan Balai Polis Pulau Betong di sini hangus dijilat api dalam satu insiden berlaku kira-kira jam 11.40 malam tadi.

MARZUKI Md. Lazim (tengah) dilihat sibuk menghubungi sanak-saudara, manakala, adiknya, Zolkifly Md Lazim (kiri) pula sedang mendapatkan maklum balas daripada ketua pasukan Bomba & Penyelamat (kanan) di sini, tengah malam tadi

Mangsa, Marzuki Md.Lazim, 55, memberitahu, insiden itu berlaku semasa beliau dan ahli keluarga yang lain tiada di rumah.

"Saya pun dapat panggilan telefon bimbit daripada jiran agak lewat kerana di sini (perkhidmatan) telefon biasa telah lama rosak dan tidak dibaiki," ujar Marzuki kepada wartawan.

HASHIM Hassan.
Manakala, saksi kejadian, Hashim Hassan, 72, memberitahu bahawa beliau terdengar suatu bunyi letupan semasa asyik menonton siaran ulangan televisyen mengenai perbahasan di Dewan Rakyat.

"Saya terkejut dengan bunyi letupan itu. Apabila saya keluar, api sudah marak besar," respons beliau, sambil memberitahu bahawa sebahagian kecil struktur rumah jiran Marzuki turut musnah dijilat api.

Tambah Hashim, hampir 20 minit kemudian, Bomba yang dihubungi datang memadam api.

Wakil Bomba dalam kenyataan tidak rasminya memberitahu bahawa pasukan Penyiasatan Kebakaran masih mencari punca kebakaran itu, selepas berjaya memadam api dalam tempoh hampir 40 minit.

"Selepas selesai kerja memadam bara, kerja-kerja Penyisat(an) Kebakaran Bomba pula akan dilakukan," respons salah seorang anggota Bomba.

KELIHATAN dua anggota pasukan Penyiasatan Kebakaran Bomba sedang menganalisis dapatan kes untuk mencari punca kebakaran.

Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (PPK) Pulau Betong, Mohd. Tuah Ismail cuba dihubungi kemudian, namun gagal.

Sumber setempat memberitahu, beliau dalam ibadah mengerjakan umrah di Makkah.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon pula semasa dihubungi merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

"Takziah kepada keluarga mangsa...saya telahpun meminta pihak berwajib menguruskan bantuan segera serta sumbangan daripada Tabung Bencana T.Y.T untuk mengurangkan beban mangsa sekeluarga," ujar Mohd. Rashid semasa dihubungi kira-kira jam 1.30 pagi tadi.

Hubungi Marzuki Md. Lazim di talian 012-5573331 dan salurkan sumbangan ihsan anda ke akaun Maybank mangsa, 157157013319.

MANGSA, Marzuki Md Lazim dan salah seorang anggota pasukan Penyiasatan Kebakaran Bomba di sini, tengah malam tadi.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus