Skip to main content

Posts

Showing posts from July 14, 2014

300 rai Hari Jadi TYT Ke-76

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
BERTAM - Lebih 300 orang menyertai Majlis Kesyukuran dan Jamuan Berbuka Puasa di Masjid Syeikh Abdullah Fahim, sempena Hari Jadi Rasmi Kali Ke-76 Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang baru-baru ini.
Mufti Pulau Pinang, Sohibus Samahah Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor memimpin bacaan Surah Yaa Sin dan Tahli pada majlis kesyukuran TYT Tun Dr. Abdul Rahman Abbas.
Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon, Datuk Abdul Malik Abul Kassim (Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna), Dr. Afif Bahardin (Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan), Datuk Farizan Darus (Setiausaha Kerajaan Negeri) dan Datuk Mokhtar Jait (Pegawai Kewangan Negeri) turut hadir pada majlis itu.
Hadir sama, Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Datuk Mohd. Salleh Man, Datuk Abdul Walid Abu Hassan (Ketua Hakim Mahkamah Sharie Pulau Pinang), Datuk Razali Hussein (Pengarah Jabatan Hal Ehwal …

Segera tangani kes agensi pelancongan tak bertanggungjawab - Zairil Khir Johari

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
PULAU TIKUS - Kes Cynthia Lim, 49, dan suaminya Phua Tat Teik, 49, yang mengaku ditipu oleh syarikat pelancongan Lohas Premium Travel & Lifestyle Sdn. Bhd. akhirnya dirujuk kepada Ahli Perlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari.
Zairil berkata, kes seumpama itu sepatutnya tidak berlaku kerana Menteri Pelancongan & Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada 16 Jun lepas turut menyebut bahawa lesen satu lagi syarikat berkaitan, Lohas Leisure Holiday telahpun dibatalkan sejak tahun 2009 lagi.
"Lesen Lohas Leisure Holiday telahpun dibatalkan...bagaimana operasi menggunakan nama-nama syarikat berbeza boleh berlaku seperti Lohas Premium Travel & Lifetyle (dan Lohas Premium Vacation Sdn. Bhd), sedangkan syarikat-syarikat itu dimiliki oleh pihak yang sama.
"Penipuan tersebut telah berlaku walaupun pakej pelancongan dibeli dari Persatuan Agensi-Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) yan…

Tak patut Perak jual air terawat, Guan Eng tuntut campurtangan Pusat

Oleh:ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGETOWN - Hasrat Kerajaan Perak mahu menjual air terawat sahaja, walaupun Kerajaan Pulau Pinang berhasrat untuk membeli air mentah sahaja perlu campurtangan daripada Kerajaan Pusat.
Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng berkata, pihaknya hanya bersetuju untuk membeli air mentah sahaja demi memastikan tarif air di negeri ini tidak melambung naik disebabkan impak berantai oleh pembelian air terawat dari Perak semahal kira-kira 73 sen setiap 1,000 liter padu.
Lagipun, kata Guan Eng lagi, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili sendiri pernah berjanji untuk memenuhi keperluan air mentah Pulau Pinang pada masa hadapan, sebagaimana disebut semasa pemeteraian perjanjian penghirahan aset dari Pulau Pinang kepada Pusat, sebelum ini.
"Saya tidak bersetuju kerana tarif air terawat Perak adalah 2.3 kali ganda tarif Air Pulau Pinang, (walhal) dalam cadangan tarif air domestik terbaru (Pulau Pinang) pun masih kekal terendah berbandin…