06 April 2016

ADUN Seberang Jaya lawat remaja kemalangan

DR. Afif Bahardin (kiri) maklum balas daripada Mazura Anuar (kanan) mengenai keadaan Amirul Haiza Hakimi, di ICU Hospital Seberang Jaya di sini baru-baru ini.

SEBERANG JAYA - Remaja berusia 14 tahun yang patah kaki kanan akibat kemalangan di jejantas Permatang Batu baru-baru ini stabil selepas menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya.

Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin berkata demikian selepas melawat mangsa, Amirul Haiza Hakimi.

"Saya akan cuba untuk membantu mangsa dan keluarganya sedaya mungkin, agar mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih baik selepas ini.

“Malah saya juga berharap rawatan dan pemerhatian daripada doktor dapat memulihkan trauma adik Amirul Haiza Hakimi," kata Dr. Afif kepada pemberita.

Dr. Afif yang juga ADUN Seberang Jaya berkata demikian selepas menemui sumbangan kepada ibu mangsa, Mazura Anuar, 43, di ruang tunggu Unit Rawatan Rapi (ICU) di sini.

Beliau turut memberi sumbangan kepada ibu mangsa berkenaan.

Mazura yang ditemui kemudian memberitahu, anaknya sudah boleh bercakap tetapi enggan mengulas kejadian yang berlaku pada malam Sabtu, 12 Mac yang lepas.

“Dia (Amirul Haiza Hakimi) memang ada beritahu nak pergi bermain papan selaju di Perda, tetapi saya sudah larang dia supaya tidak bermain di kawasan itu.

"Tetapi, tidak dihiraukan, dan tidak sangka perkara ini akan berlaku”, katanya yang juga peniaga di Uptown Bandar Perda Seberang Jaya.

Pada hari kejadian, empat pelajar yang sedang bermain papan selaju dilanggar oleh sebuah basikal yang dinaiki oleh seorang wanita di jejambat.

Salah seorang, Mohd Nur Amier meninggal dunia dua hari kemudian, 14 Mac lalu.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus