Skip to main content

Posts

Showing posts from February 20, 2015

"Patut tanya Iskandar, kenapa musuhi PasMa?" respons Phahrolrazi

Akhbar Sinar Harian hari ini antara lain melaporkan kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor Dato' Iskandar Abdul Samad yang bertanya, "Siapa musuh PasMa, PAS atau Umno?"
Sepatutnya saya yang bertanya Iskandar soalan itu, kenapa beliau memusuhi PasMa?
Mengapa bermusuh dengan kerja buat PasMa yang jejas mahu mengukuh sokongan rakyat terbanyak pada kerjasama PAS bersama DAP dan PKR selama ini?
Sepatutnya ahli PAS yang menyertai PasMa tidak dilayan dingin oleh kepemimpinan parti hatta beliau sendiri.
Ini kerana, fokus PasMa adalah mengukuhkan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat, sekaligus menolak kezaliman Umno BN selama ini.
Menolak kezaliman Umno adalah kerja buat PAS sebelum ini, maka sepatutnya fokus PasMa menolak kezaliman Umno BN tidak dilayan dingin oleh Iskandar jika beliau jujur menentang kezaliman Umno.
Pakatan Rakyat melalui PKR dan DAP boleh menyambut kerja buat PasMa, mengapa beliau masih menganggap PasMa bermusuhan dengan PAS pula?
Setahu saya, ada pemimpin PAS seperti …

Dendam politik Mahathir, Najib makin terserlah ke atas Anwar Ibrahim

Kalau Tan Sri Syafie Abdullah sendiri pun tidak yakin dengan keputusan Mahkamah Tinggi sampai memaksa dia nekad mahu bersumpah sampai di Makkah, rakyat Malaysia lebih-lebih lagi lah meragui sabitan salah ke atas Anwar Ibrahim dalam kes Fitnah Liwat II.
Ini dendam politik peribadi Tun Dr Mahathir Mohamad serta Datuk Seri Najib Razak terhadap Anwar sebenarnya.
#KitaLawan

ZAINULFAQAR YAACOB
Fotojurnalis P.Pinang