Skip to main content

Posts

Showing posts from April 16, 2014

Anwar panggil PR bincang konsesus baru Hudud Kelantan

PETALING JAYA - Shariah Islamiah boleh dilaksanakan secara menyeluruh di tanah air selepas pentadbiran Putrajaya berpindah tangan kepada pemimpin yang adil terlebih dahulu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.Justeru, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia akan mengambil semua pemimpin Pakatan Rakyat untuk berbincang dan melahirkan deklarasi baru berhubung isu tersebut."Apa keutamaannya, keamanan, keadilan dan kebajikan rakyat harus menjadi keutamaan."Saya menjemput PAS datang membincangkan isi ini secara penuh isu ini. Semua pemimpin Pakatan perlu membahaskan isi ini," ujar Anwar di Ibu Pejabat PKR dekat Tropicana, tadi.Kenyataan itu disampaikan semasa PAS kian mendapat sokongan pemimpin tertentu PKR dan DAP, sungguhpun Umno secara jelas menolak usul hudud di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu baru-baru ini.

Ke Malaysia 10 Mei dedah pengalaman sebagai mangsa perang Israel

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOBJELUTONG - Dua warga Palestin yang kudung kaki akibat mangsa peperangan dengan
Israel beberapa tahun lepas dijadual akan berkunjung ke tanah air ini untuk ekspedisi dakwah kemanusiaan global.Koordinator NGO PERMAS, Ramlah Asiah Bee hari ini memberitahu, Feddy Abu Olba, 29, dan abangnya, Abu Olba, 47, dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 10 Mei depan."Sedih apabila mendengar mangsa kata 'biarlah saya mengadap Allah sebegini', saya sedih."Kita akan terus mencari sumbangan untuk biaya sumbangan untuk dapatkan kaki palsu dan rawat sebelah matanya," ujar Ramlah di sini.Pengerusi Lajnah Ekonomi PAS Pulau Pinang, Zolkifly Md. Lazim dan pemimpin PAS Kawasan Bukit Jelutong turut hadir pada pertemuan ini.Info lanjut, hubungi Ramlah di talian, 0164222142.

Teliti dulu hutang negara dalam RM atau mata wang asing...

HUTANG tertunggak syarikat Perwaja Terengganu Sdn. Bhd. selama 17 tahun dan berakhir pada 31 Disember 2011 keseluruhannya berjumlah RM1,628.68 juta.Datuk Seri Najib Tun Razak atas posisinya sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan bersetuju untuk nyah hutang negara secara berperingkat."Peruntukan akan disediakan bagi menghapus kira hutang Perwaja Terengganu Sdn. Bhd. bermula tahun 2011 dan dijangka selesai pada tahun 2027," dipetik dari halaman 34 Laporan Ketua Audit Negara 2011.Contoh lain, penghijrahan aset air Pulau Pinang dengan beberapa syarat, antaranya, RM600 juta hutang tertunggak Kerajaan Negeri dipindahkan ke dalam akaun disatukan Kerajaan Pusat.Hutang Perwaja boleh dihapus kira kerana dalam nilaian RM, bukan dalam mata wang asing.Hutang tertunggak Pulau Pinang pun dihapus kira kerana 'balance sheet' atau persamaan perakaunan dengan aset disenaraikan pada kunci kira-kira pada akaun Kerajaan Pusat.Pentadbiran Najib (sebenarnya sejak Tun Dr Mahathir…