16 April 2014

Anwar panggil PR bincang konsesus baru Hudud Kelantan

PETALING JAYA - Shariah Islamiah boleh dilaksanakan secara menyeluruh di tanah air selepas pentadbiran Putrajaya berpindah tangan kepada pemimpin yang adil terlebih dahulu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Justeru, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia akan mengambil semua pemimpin Pakatan Rakyat untuk berbincang dan melahirkan deklarasi baru berhubung isu tersebut.

"Apa keutamaannya, keamanan, keadilan dan kebajikan rakyat harus menjadi keutamaan.

"Saya menjemput PAS datang membincangkan isi ini secara penuh isu ini. Semua pemimpin Pakatan perlu membahaskan isi ini," ujar Anwar di Ibu Pejabat PKR dekat Tropicana, tadi.

Kenyataan itu disampaikan semasa PAS kian mendapat sokongan pemimpin tertentu PKR dan DAP, sungguhpun Umno secara jelas menolak usul hudud di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus