22 December 2015

Kalender Peristiwa Perdagangan 2016 bukti rakan-rakan penganjur diiktiraf Kerajaan Pulau Pinang


KETUA Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng (tengah) bersama-sama dua pemimpin negeri lain merakamkan gambar dengan para rakan penganjur bersama Kerajaan Negeri, pada majlis pelancaran 7th Penang Trade Events Calender 2016 di sini baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Pelancaran Kalender Peristiwa Perdagangan 2016 membuktikan Kerajaan Negeri hari ini teres mengiktiraf para rakan penganjur aktiviti perniagaan dan pergangan di negeri ini.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dalam ucapannya berharap persekitaran ekonomi di negeri ini akan terus berkembang, sungguhpun terpaksa mendepani masalah kejatuhan nilai Ringgit serta pelaksanaan Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST) yang membebankan semua pihak.

"Trade Events Calendar 2016 adalah demi menggalakkan pameran perdagangan dan pameran pada tahun 2016

"(Insiatif ini) adalah salah satu daripada langkah-langkah penting yang diambil demi merangsang dan meningkatkan aktiviti ekonomi (meliputi) sektor perdagangan dan perniagaan di Pulau Pinang.

"Ia juga memberi pengiktirafan kepada rakan-rakan (meliputi) penganjur acara sekerja, persatuan dan sebagainya," jelas pada majlis Pelancaran tersebut Sunway Carnival Mall di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Abdul Malik Abul Kassim dan Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Dato' Maimunah Mohd. Sharif.

Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam memberitahu Kerajaan Negeri komited untuk membantu para rakan penganjur berkenaan untuk mengembangkan aktiviti perdagangan masing-masing ke peringkat nasional hatta antarabangsa pada masa hadapan.

Chinese New YearProperty 2016, Homeland Fair, 8th Penang International Indians Shopping Festival 2016, 18th & 19th Penfernex 2016, Tastefully Food & Beverage Expo 2016, Penang Ramadan Souq 2016, Penang Culinary Skill Challenge, Battle of the Chefs, Asia Food Festival, Festival Raya Hijab dan Kecantikan 2016 (Hijabey 2016) dan Vendor Boutique Festival (VBFEST 2016) adalah antara peristiwa yang dimuatkan dalam Kalender Peristiwa Perdagangan 2016.

Kalender ini dilancarkan tiap-tiap tahun sejak 2009 demi menghargai rakan penganjur program perdagangan dan perniagaan bersama-sama Kerajaan Negeri, selain merangsang perkembangan prospek ekonomi di Pulau Pinang.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus