Skip to main content

Posts

Showing posts from March 3, 2016

'Kerjasama' bantu kerja politik Mahathir saja...

Cakap-cakap politik beberapa tokoh pembangkang untuk bekerjasama dengan 'Pasukan Mahathir' turut menggamit perhatian saya.
Saya merupakan antara individu yang tegar berkongsi status Mukhriz FC di Facebook, tetapi ada pendirian yang berbeza dalam hal kerjasama dengan 'Pasukan Mahathir' ini.
Bagi saya, secara umumnya ada empat jenis kebangkitan jika ya nak dinisbahkan pada usaha-usaha menyingkirkan Najib Razak serta 'Selamatkan Malaysia'.
Pertama: ATAS SENTIMEN PERIBADI
Contoh, pemberontakan dalam Umno susulan penyingkiran Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, yang didalangi oleh pro Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kebangkitan atau usaha-usaha memadamkannya hanya meninggalkan kesan kepada parti asabiah berkenaan.
Sama ada rakyat menyokong Mukhriz ataupun Najib, akhirnya Umno paling untung.
Ini kerana ia membabitkan kepentingan parti itu sahaja berbanding kepentingan rakyat terbanyak.
Kedua: ATAS SENTIMEN PUAK
Hampir sama dengan yang jenis kebangkitan yang pertama.
Pembang…

1 Jun kuatkuasa dasar pengasingan sisa di punca, kompaun kemudian, respons Setiausaha MPSP

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
SEBERANG JAYA - Kadar serta tindakan kompaun berwajib akan dilaksanakan kemudian oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), tetapi dasar pengasingan sisa di punca tetap dikuatkuasakan mulai 1 Jun depan.
Setiausaha MPSP, Sr. Rozali Mohamud berkata demikian selepas Majlis Perasmian Projek Perintis Dasar Pengasingan Sisa Di Punca Kategori Hotel di sini pada petang tadi.
Pada majlis itu, Rozali menyampaikan sijil pelantikan projek perintis kategori hotel kepada Pengurus Operasi Hotel Exora, Moses Poon.
"Tempoh pendidikan secara rasmi telah pun dilaksanakan sejak 1 Januari (2016) lalu lagi.
"Tapi, tindakan kompaun itu mungkin kita (MPSP) tak mulakan lagi sehingga kadar kompaun diwartakan kelak, tetapi penguatkuasaan terus berjalan mulai 1 Jun nanti," jelas Rozali kepada pemberita.
Menurut beliau, kadar kompaun maksimum sedia ada adalah sebanyak RM250.
Rozali dalam ucapannya memberitahu bahawa Pulau Pinang mencatatkan kadar kitar semula tertinggi …

Status hukum hantaran apabila tidak berlangsungnya pernikahan

Fiqh Munakahat: STATUS HUKUM HANTARAN APABILA TIDAK BERLANGSUNGNYA PERNIKAHAN
Soalan: Saya adalah tunang seorang teruna dan usia pertunangan kami lebih enam bulan. Namun, beberapa kali tarikh nikah ditangguhkan melahirkan rasa tidak selesa dalam diri saya dan keluarga saya. Akhirnya, dibatalkan niat penikahan atas permintaan saya sendiri. Susulan itu, berlakulah perselisihan berantai antara saya dan keluarganya - siapakah yang lebih berhak atas hantaran tersebut?

Jawapan: "Merisik", pinangan atau pertunangan, pembacaan surah Al-Fatihah sambil memegang mahar dan menerima hantaran serta hadiah merupakan muqaddimah pada ibadah pernikahan.
Ia merupakan suatu janji yang wajib mesti dipegang selama mana pernikahan belum dilaksanakan baik daripada segi rukun-rukunnya ataupun syarat-syaratnya.
Telah menjadi kebiasaan di kalangan masyarakat kita hari ini dengan memberi hantar berupa barang yang akan digunakan oleh kedua-dua pasangan semasa berlangsungnya acara penikahan.
Menjadi kelazi…