09 May 2015

Fiqh Ibadah: Bezakah 'rukun' & 'syarat' dalam solat, tanya Saudara Baru myIKUT

SOALAN SAUDARA BARU:
Ada pendapat kata, wajib baca Surah Al-Fatihah dengan mulut, bukan dalam hati sebab itu syarat sah solat. Dan, ada yang kata, itu rukun solat. Sebenarnya, baca Surah Al-Fatihah itu syarat atau rukun solat?

JAWAPAN:
Solat fardhu hukumnya wajib kerana sabit dengan nas qatie.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang..."  [Surah Al-Baqarah: 43]

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Solatlah sebagaimana kamu melihat aku solat." [riwayat al-Bukhari, 3/7, no. 595]

Pun begitu, segelintir kita menganggap rukun dan syarat dalam ibadah solat membawa maksud yang sama.

Namun, ahli fekah ada yang memaksudkan kedua-duanya itu berbeza.

Menurut fuqaha', rukun itu adalah perkara yang tidak dapat tidak wajib disempurnakan dalam solat.

Contoh: bacaan Surah Al-Fatihah dalam solat.

Adapun syarat pula, adalah perkara yang tidak dapat tidak mesti disempurnakan di luar solat.

Contoh: mengambil wudhu' adalah syarat sah solat.

Syarat Sah Solat pula terdiri oleh:
1. Beragama Islam
2  Baligh
3. Suci dari hadas
4. Suci seluruh anggota badan, pakaian dan tempat.
5. Menutup aurat.
6. Telah masuk waktu solat yang telah ditentukan.
7. Menghadap kearah kiblat
8. Mengetahui mana yang termasuk rukun dan mana yang sunat.

Ada 13 Rukun yang wajib disempurnakan secara tertib dalam solat, iaitu:
1.   Berdiri betul bagi yang mampu
2.   Mengqasadkan niat dalam hati
3.   Melafazkan Takbiratul Ihram (Allahu Akbar)
4.   Melafazkan bacaan Surah Al-Fatihah
5.   Ruku' dengan tama'ninah
6.   'Iktidal dengan tama'ninah.
7.   Sujud dengan tama'ninAh
8.   Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah.
9.   Duduk Tasyahhud akhir.
10. Melafazkan bacaan Tasyahhud akhir
11. Selawat dalam Tasyahuf akhir
12. Melafazkan salam yang pertama
13. Tertib

Rukun solat terbahagi pada tiga kategori, iaitu, qalbi atau hati (iaitu 2 & 13), qauli atau lafaz (iaitu 3, 4 10, 11 & 12) dan fi'li atau perbuatan (iaitu baki rukun di atas)

Al-Fatihah wajib dilafazkan bacaannya, tetapi haram sampai menganggu solat orang lain.

Bagaimanapun, bagi saudara yang baru, boleh dibaca semampu mungkin walaupun dalam hati.

Wallahu 'alam.

ZAINULFAQAR YAACOB
Sukarelawan Dakwah
Pertubuhan IKUT Mewakili 10,000 Suara Reverts Pulau Pinang (myIKUT)


PYDC jejak bakat terbaik, kata Guan Eng

KETUA Menteri (berdiri, enam dari kiri) dan barisan kepemimpinan Kerajaan Negeri merakamkan gambar kenang-kenangan dengan anggota pasukan Heng Enterprise (duduk) yang menjuarai Kejohanan Bola Kerangjang Piala PYDC Peringkat Daerah SPU, di Taman Bagan di sini pada malam tadi.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BAGAN JERMAL - Majlis penutupan Kejohanan Bola Keranjang Piala PYDC Peringkat Daerah Sebarang Perai Utara (SPU) 2015 disempurnakan sendiri oleh Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng.

Pasukan Heng Enterprise menjuarai kategori bawah 35 tahun, diikuti pasukan Taman Bagan, KauBei Basketball dan VR Nothing.

Manakala, pasukan O'School pula memenangi kategori bawah 20 tahun, diikuti CDK-JR, Butterworth Chung Ling, BW Kampong Baru Hock Teck S1 dan Taman Bagan.

"Sukan tidak melihat pada bangsa seorang individu, tapi lihat pada mutu persembahan berpasukan atau seseorang individu.

"Kita (Kerajaan Negeri) memang mahu pilih yang terbaik, barulah kita (Kerajaan Negeri) boleh menjadi yang terbaik," jelas Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan di Gelanggang Bola Keranjang Taman Bagan di sini, malam tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Jermal merangkap Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti, Lim Hock Seng, Phee Boon Poh (ADUN Sungai Puyu merangkap Exco Kebajikan & Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar), Soon Lip Chee (ADUN Jawi) dan Tang Kok Liang (Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang, PYDC) turut hadir pada majlis tersebut.

Dalam perkembangan lain, Guan Eng turut mempertikai etika pemberitaan beberapa akhbar berbahasa Cina tertentu yang mendakwa pentadbirannya hanya menjaga kepentingan kontraktor Bumiputera di negeri ini.

"Kita (Kerajaan Negeri) tidak pernah mengamalkan politik perkauman dalam pembangunan negeri, (sebaliknya) di mana kontrak diagihkan secara sama-rata dan secara tender terbuka sahaja.

"Sebagai contoh, kontraktor Gred G1 atau Kelas F memang khusus untuk Bumiputera (dan) Melayu pun dilakukan secara tender terbuka, di mana mereka yang berkualiti sahaja layak dipertimbang untuk terima kontrak," ujar Guan Eng yang juga ADUN Air Putih.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus