12 June 2014

CIUMLAH ANAKMU...


Didik anak itu niatnya murni.

Tetapi, mesti ikut sunnah Rasulullah S.A.W yang murni.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

"Apabila seseorang kamu hendak memukul saudaramu (dengan tujuan dibenarkan syarak), hendaklah dia menjauhi dari memukul mukanya..." [Riwayat Bukhari & Muslim]

Tentu berhimpun mudharat terbanyak, sebab itu Rasulullah larang tampar saudara, lebih-lebih lagi anak kecil yang tersalah kelaku.

Muka adalah bahagian lembut, terdedah pada risiko kecederaan.

Muka adalah tempat berhimpunnya segala kebaikan.

Muka yang menerima pukulan boleh menyemarakkan dendam dalam hati.

Justeru, jangan tampar anak pada bahagian muka, terutamanya yang masih belum mumayyiz (baca: beza baik buruk).

Allahumma yahdi bi qaumin fa innahu la ya'lamun.

Amin.

ZAINULFAQAR YAACOB
Fotojurnalis P.Pinang

Bukit Mertajam | 11.19 malam

+60194241583
zainulfaqary@gmail.com

Betulkah Umno banyak bina rumah kos rendah, sederhana rendah di Kuala Lumpur wahai Melayu Kg. Chubadak Sentul?

Kak Aiman Athirah Al-Jundi dari Dewan Muslimat PAS Pusat kata, pasukannya akan meninjau kekosongan rumah PPRT di Kuala Lumpur esok, untuk pelan kontigensi jika rumah penduduk Kampung Chubadak dekat Sentul diranapkan oleh DBKL.

Saya kira tentu rumah kos rendah dan sederhana rendah masih banyak yang kosong dan dibina di Kuala Lumpur.

Ini kerana, sekian lama pemimpin Umno berkata mereka banyak membina rumah kos rendah dan sederhana rendah di Kuala Lumpur.

Di Pulau Pinang, Umno menggambarkan pentadbiran Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng langsung tidak membina rumah mampu milik rakyat.

Sebenar, urusan perumahan adakah di bawah Senarai Persekutuan, jika kita merujuk Perlembagaan Malaysia.

Kali terakhir Putrajaya memberi rumah kos rendah dan sederhana rendah kepada Kerajaan Pulau Pinang, adalah pada tahun 2008.

Itu pun, 70 unit sahaja.

Selepas itu, tiada lagi sampai sekarang.

Datuk Seri Najib Tun Razak menjelang PRU13 lepas ada berjanji untuk memajukan 20,000 unit rumah mampu milik serta mewujudkan monorel di negeri ini, namun sehingga kini Perdana Menteri itu menipu rakyat Pulau Pinang.

Jika tiada kekosongan PPRT di Kuala Lumpur, ertinya Putrajaya banyak membina rumah mampu milik rakyat hanya mitos, untuk Umno BN tipu tindas rakyat seperti di Pulau Pinang juga.

Setuju?

Zainulfaqar Yaacob
Fotojurnalis P.Pinang

Takkan Cina DAP arah DBKL usir Melayu Kg. Chubadak?

Nampaknya, Umno cukup tak selesa untuk ulas isu ini kerana Kuala Lumpur belum lagi dikuasai oleh DAP.

Jika isu sebegini berlaku di Pulau Pinang, tentulah Umno akan menggambarkan pentadbiran Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng halau Melayu keluar dari negeri Pakatan Rakyat tersebut.

Di Pulau Pinang, ada banyak isu peneroka bandar dan luar bandar.

Salah satu contoh, isu pengusiran penduduk Kampung Permatang Tok Subuh dekat Bukit Mertajam.

Isu ini sebenarnya melibatkan tuan tanah Distinct Class, pemaju dan penduduk asal.

Kerajaan Negeri adalah pihak ketiga, walaupun lazim digambarkan sebagai pihak berwajib.

Pun begitu, Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telahpun berjanji tidak akan meluluskan sebarang permohonan pelan kebenaran merancang di atas tanah tersebut hingga kini.

Itu, yang dilakukan DAP di Pulau Pinang.

Kenapa Umno BN melalui DBKL mengambil sikap sebaliknya di 'kampung Melayu' berkenaan kini?

Zainulfaqar Yaacob
Jurucakap RAGAS

* Badan Bertindak Rumah Ganti Rumah Selesa (RAGAS)

PLUS patut tanpa tol tapi polemik TV3 lain

Tujuan Buletin TV3 melaporkan mengenai polemik penghijrahan Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) malam ini supaya kita lupa bahawa sepatutnya tol di lebuh raya itu wajib dimansuhkan sekarang.

Dulu, tol dikenakan ke atas pengguna PLUS atas dalih kos pembinaan lebuh raya itu berjumlah RM5.9 bilion.

Namun, direkodkan syarikat konsesi kroni telah berjaya mengutip tol sebanyak RM18.3 bilion pada tarikh 31 Disember 2010.

Terlalu lama sangat rakyat terbiasa bayar tol apabila menggunakan PLUS, sampai kita telah lupa sebab-musabab hakiki kita membayar tol.

Kita membayar tol untuk membayar balik kos projek PLUS RM5.9 bilion itu, atau tanpa sebab-musabab lain yang tidak jelas kedudukannya?

Kalau kita belum tahu, dianggarkan, syarikat kroni mengaut untung kira-kira 52 sen bagi setiap ringgit yang diperas daripada  poket rakyat kini.

Menjelang  pilihan raya umum lepas, semua kebenaran ini pernah meledak politik tanah air, apabila Pakatan Rakyat mencadangkan untuk menstruktur semula perjanjian konsesi semua lebuh raya di negara ini.

Situasi itu sampai mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Putrajaya memang tidak berhasrat menaikkan kadar tol, dipercayai atas sebab musim pilihan raya umum.

Pun begitu, Putrajaya mengumumkan bahawa kadar tol akan dinaikkan 5 peratus setiap tiga tahun, bermula pada tahun 2016 nanti.

Sekarang, polemik penghijrahan tol digembar-gemburkan pula, nyata bertujuan untuk mengolah persetujuan terdahulu sahaja.

Dalam perjanjian konsesi yang akan dimeterai nanti, pastinya akan ada syarikat kroni baru mengambil alih peranan mengutip tol ke atas pengguna PLUS dalam satu tempoh lain pula.

Ertinya, kita akan terus membayar tol kepada syarikat kroni yang baru, walhal, sepatutnya penggunaan lebuh raya itu wajib percuma sekarang.

Setuju?

Zainulfaqar Yaacob
Jurucakap
Badan Bertindak Hapusk Tol Jambatan Pertama Pulau Pinang (HAPUS)

merangkap

Fotojurnalis Pulau Pinang.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus