Skip to main content

Posts

Showing posts from July 8, 2014

Pengecualian Pusat bina 61 rumah Kg. Manggis bersyarat – Guan Eng

Oleh:ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN- Pengecualian Kerajaan Pusat untuk mengemukakan permohonan kebenaran merancang berwajib dipersetujui Kerajaan Negeri dengan syarat Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng turut dijemput bersama-sama pada majlis perasmian projek tersebut, seperti majlis pecah tanah dan majlis penyerahan kunci kepada semua 61 penerima terpilih Rumah Mesra Rakyat (RMR) Kampung Manggis dekat Permatang Tinggi, dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Machang Bubok kelak.
Bagaimanapun, Guan Eng menjelaskan bahawa projek di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) itu mesti terlebih dahulu mendapat kelulusan berwajib daripada Jabatan Kerja Raya (JKR), demi keperluan penduduk miskin mangsa banjir terpilih berkenaan.
"Kita tidak sewenang-wenangnya memberikan pengecualian (permohonan kebenaran merancang) sesuka hati dan sewanang-wenangnya...ini projek Kerajaan (Pusat), yang akan diluluskan oleh JKR.
“Ini, hadiah bersama (Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri) s…

Kalau KJ kata PR Selangor bergolak, ertinya yang akan tumbang dulu Kelantan

Saya pun ada terbaca entri Pegolakan di Selangor bukti PR tak mampu mentadbir kata KJ di blog Anak Sungai Derhaka pagi ini.

"Ini memberi gambaran jelas bahawa Pakatan masih belum mampu mentadbir kerana krisis jawatan Menteri Besar Selangor pun masih berlarutan sehingga terpaksa mengambil masa sampai setahun,"  kata Ketua Pemuda Umno Malaysia tersebut dalam laporan asal Bernama. KJ mungkin lupa Tun Abdullah Ahmad Badawi pun perintah Malaysia tidak lama, sekitar enam tahun sahaja.

KJ mungkin juga lupa, dalam tempoh tak sampai setahun, Pak Mertuanya itu direntam turut oleh cybertroopers pro Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dulu KJ sinonim dengan tim tingkat 4 yang kononnya hebat merancang serta mentadbir negara, last-lastbungkuih sampai terpaksa minta sedekah jawatan daripada Bik Mama, yang kebetulan sedang menerima asakan serupa daripasa cybertroopers Tun belakangan ini.

Tak perlulah meludah ke langit, kerana akhirnya akan terpalit di muka sendiri.

Konflik pentadbiran Kerajaan Negeri…

Sasar 1,500 Larian Menara MPSP 24 Ogos, termasuk pelari a’bangsa

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
SEBERANG JAYA - Larian Menara MPSP 2014 sejauh 7 kilometer serta memanjat 412 anak tangga di sini yang dilangsungkan pada 24 Ogos depan seawal 5.30 pagi mensasarkan 1,500 penyertaan, termasuk pelari antarabangsa.
Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Maimunah Mohd. Sharif memberitahu, RM5,400 wang tunai ditawarkan untuk kesemua enam kategori yang dipertandingkan, iaitu kanak-kanak lelaki, kanak-kanak perempuan, terbuka lelaki, terbuka wanita, veteran lelaki dan veteran perempuan.
“Kita berjaya (menerima penyertaan) 738 pelari pada tahun lepas. Kejohanan pada tahun ini akan dibuka kepada pelari antarabangsa juga supaya penganjuran acara tahunan kita (MPSP) ini pada suatu hari nanti akan menjadi program peringkat antarabangsa," ujar Maimunah kepada wartawan di Ibupejabat MPSP Bandar Perda di sini baru-baru ini.
Setiausaha MPSP, Sr. Rozali Mohamud serta tiga Ahli Majlis bagi MPSP, Tan Cheong Eng, Rezal Huzairi Md. Zaki dan Ahmad Kaswan Kassi…

Setiakawan Uptown Perda...

Oleh: ZAiNULFAQAR YAACOBSEBERANG JAYA - Hampir RM1,000 berjaya dikutip malam tadi di sini untuk sumbangan kepada salah seorang peniaga Uptown Perda yang baru diserang sakit kronik, kata Ketuanya Nasoruddin Shah Mat.Mereka sasar kutipan lebih RM1,500 sebelum majlis sumbangan pada Rabu ini jam 9.00 malam, yang turut akan disertai oleh Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mohd. Rashid Hasnon dan Dr. Afif Bahardin (ADUN Seberang Jaya merangkap Exco Kerajaan Negeri)."Setiakawan sesama orang berniaga hebat sebab khazanah dunia terpikul atas pundak mereka, tak kira waktu susah atau senang, mereka setia dengan berniaga mereka dan kawan-kawan mereka," kata Ketua Lajnah Ekonomi PAS Pulau Pinang Tn. Hj. Zolkifly Md. Lazim.