Skip to main content

Posts

Showing posts from December 21, 2013

MPSP naik taraf 11 lagi pasar awam menjelang 2014 - @cmlimguaneng

KETUA Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng menjangkakan 11 buah lagi pasar awam di sekitar Seberang Perai akan siap dibaik pulih serta dinaik taraf menjelang tahun 2014. "Pasar Awam Sri Bandar ini telah dibina pada awal tahun 80-an, tetapi, tidak pernah dinaik taraf sehinggalah MPSP (Majlis Perbandaran Seberang Perai) mendapat peruntukan RM5 juta daripada Kerajaan Negeri untuk membaik pulih (memperbaharui) Pasar Awam Sri Bandar dan juga dua pasar awam lain."Sebanyak 23 pasar awam juga telah menjalani pembaikan kecil dengan peruntukkan sebanyak RM5 juta."Dijangka, ada 11 buah pasar awam lagi akan dibaik pulih dan dinaik taraf menjelang tahun 2014," ujar Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan pada majlis pembukaan semula Pasar Awam Sri Bandar dekat Butterworth, pagi tadi. Yang di-Petua MPSP, Maimunah Mohd. Sharif  turut berucap pada majlis rasmi itu.Hadir sama, Exco Kerja Raya, Pengangkutan & Utiliti, Lim Hock Seng, Phee Boon Poh (Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang…