10 April 2016

Guan Eng ziarah keluarga mangsa ke-10 mati akibat denggi

KETUA Menteri (duduk, dua dari kanan) menyerahkan sumbangan kepada Ng See See (duduk, tiga dari kiri), sambil diiringi Chong Eng (duduk, paling kanan), Lee Khai Loon (lima dari kiri) dan Steven Sim Chee Keong (berdiri, empat dari kiri) di sini baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

MACHANG BUBUK - Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng baru-baru ini melawat mangsa kematian akibat denggi yang ke-10 di negeri ini, sejak bulan Januari lepas.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengunjungi kediaman keluarga mendiang Lim Hye Huat, 48 di Taman Sri Kijang dekat Alma di sini.

"Jika air bersih bertakung walau satu sudu pun, nyamuk Aedes boleh membiak.

"Tiga hari demam, beliau (Hye Huat) sudah boleh meninggalkan dunia, itu sesuatu yang paling pendek sekali," jelas Guan Eng kepada pemberita.

Justeru, beliau mengulangi gesaan supaya rakyat segera mendapatkan rawatan doktor apabila demam, serta membersihkan kawasan kediaman masing-masing demi mencegah pembiakan Aedes.

Beliau turut menyampaikan sejumlah sumbangan kepada balu mendiang, Ng See See, 48, diiringi 3 anak.

ADUN Bagan Lalang merangkap Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Chong Eng, Lee Khai Loon (ADUN Machang Bubuk) dan Steven Sim Chee Keong (Ahli Parlimen Bukit Mertajam) turut sertai majlis tersebut.

10 kes kematian akibat denggi direkodkan sehingga 10 Mac tahun ini, berbanding 19 kes kematian sepanjang 2015.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus