Skip to main content

Posts

Showing posts from February 5, 2013

RM20 juta 'satu dividen anti-rasuah' basmi miskin, kata Guan Eng

PERUNTUKAN RM20 juta untuk mencukupkan pendapatan isu rumah bulanan rakyat Pulau Pinang kepada RM770 itu adalah "satu dividen anti-rasuah", kata YAB Tuan Lim Guan Eng.
Berucap sempena Majlis Perasmian Agenda Ekonomi Saksama (AES) peringkt Daerah Timur Laut, Ketua Menteri itu berkata, peruntukan RM20 juta boleh diberi kerana Kerajaan Negeri berjaya memperoleh lebihan bajet tiap-tiap tahun.
"Kemampuan menjalankan program AES dengan peruntukan RM20 juta hanya dapat dilaksanakan kerana Kerajaan Negeri mempunyai lebihan bajet setiap tahun hasil daripada pentadbiran bersih bercorak CAT, iaitu Cekap, Akauntabiliti dan Telus.
"Itulah faedah yang dapat dikongsi bersama rakyat hasil daripada pentadbiran kerajaan bersih (iaitu) 'satu dividen anti-rasuah'," ujar beliau Ahad lepas di Kompleks Masyarakat Penyayang, George Town.
Difahamkan, lebihan kewangan atau suplas bagi tahun 2008 sebanyak RM88 juta, 2009 (RM77 juta), 2010 (RM33 juta). 
Surplas bagi tahun 2011 pula me…

Harus sambut Tahun Baru Cina demi dakwah, erat persaudaraan insan

SESUNGGUHNYA, Rasulullah s.a.w mengambil kesempatan bertemu orang ramai yang berkunjung ke Makkah sempena musim haji.Pengunjung semua itu mengamal budaya jahiliah, iaitu penyelewengan pada syariat haji yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s.Sedangkan, Rasulullah s.a.w di tengah kegelitaan perayaan jahiliah itu mengajak manusia untuk mengenali keadilan Islam serta menyambung persaudaraan sesama insan.Inisiatif itu membawa pada berlangsungnya Perjanjian Aqabah Pertama dan Kedua, sehingga membawa pada pemeteraian piagam bagi negara moden Madinah.Rasulullah s.a.w tidak menguatkan kebudayaan Jahiliah, tetapi mengambil kesempatan dengan mendekatkan manusia kepada Islam selain menguatkan persaudaraan sesama insan.Tidak boleh menguatkan agama lain, termasuk dalam hal perayaan mereka kerana "tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Rasulullah".Atas sebab itu, adalah harus kita mendekati bukan Islam sempena perayaan Tahun Baru Cina yang kian tiba dengan menjela…