28 April 2013

Kempen anti che'GuBard di Sg.Acheh babit Muslimat, Pemuda PAS?

SEKUMPULAN wanita mirip Muslimat PAS Pulau Pinang didakwa meneruskan kempen menyokong Yusni Mat Piah sungguhpun keputusan tertinggi parti bersama-sama Pakatan Raykat memberi laluan kepada che'GuBard untuk bertanding atas tiket PKR di kerusi Dun Sungai Acheh sejak kelmarin.

Malah, billboard Yusni yang turut dinaikkan oleh sekumpulan belia mirip pemuda PAS Pulau Pinang selepas Pakatan Rakyat memutuskan tiada pertandingan tiga penjuru bagi merampas Dun berkenaan daripada penyandang, Datuk Mahmud Zakaria daripada Umno.
PAS Pulau Pinang akur dengan keputusan menyerahkan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Acheh kepada PKR seperti mana yang telah diputuskan oleh PAS Pusat hari ini.  
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Datuk Saleh Man berkata, memandangkan persetujuan telah dicapai oleh kepimpinan tertinggi PAS dan Pakatan Rakyat, maka semua pihak harus akur dengan keputusan tersebut. 
Sehubungan itu juga katanya, jentera parti PAS dan PKR harus bergerak bersama dengan satu matlamat iaitu memastikan BN tewas pada Pilihan Raya Umum (PRU13) kali ini
Lapor Harakahdaily.net
Berikut adalah gambar sekumpulan wanita, belia mirip PAS yang didakwa sebagai kempen anti che'GuBard di Dun Sungai Acheh sehingga sekarang.


Menang Putrajaya, hapus Tol PLUS!, kata Guan Eng


RM5.9 bilion telahpun dibelanjakan untuk membina Lebuh raya Utara-Selatan (PLUS).

Namun, sehingga 31 Disember 2010, syarikat kroni itu telah mengutip RM18.3 bilion daripada rakyat.

Bagi setiap ringgi yang diperas daripada rakyat, syarikat kroni untung 52 sen.

Datuk Seri Najib Tun Razak memang tidak menaikkan kadar tol sekarang kerana sekarang adalah muslim PRU13.

Tetapi, bermula pada tahun 2016 nanti, kadar tol dinaikkan 5 peratus setiap tiga tahun.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula pernah berkata, "menang Putrajaya, kita (Pakatan Rakyat) akan hapuskan tol PLUS dan struktur semula kesemua perjanjian konsesi tol yang langsung tidak menguntungkan rakyat."

Tanah 31 Melayu Kg.Terang tergadai selama-lamanya angkara Umno :'DAP Melayu'

Tanah Melayu milik 31 warga Kampung Terang, Balik Pulau tidak mungkin berjaya dituntut kembali selepas ditipu beli oleh dua pemimpin Umno Pulau Pinang.

Justeru, 'DAP Melayu' Khairul Ishak berkata Melayu tidak perlu meletakkan harapan kepada Umno untuk membela nasib mereka di negeri berkenaan sempena PRU13 ini.

"Berani akar umbi Umno tuntut dua pemimpin parti perkauman itu arah kembalikan tanah Kampung Terang yang ditipu itu kepada 31 Melayu?

"Dua pemimpin Umno yang tipu tanah Melayu, seluruh rakyat diminta percaya DAP yang rampas tanah Melayu," tanya Khairul di Kampung Tok Panjang dekat Dun Bukit Tengah malam tadi.

Calon Dun Bukit Tengah, Ong Chin Wen, Stevan Sim Chee Keong (calon Parlimen Bukit Mertajam), Phee Boon Poh (calon Dun Sungai Puyu) dan Kasturi Patho (calon Parlimen Batu Kawan) turut hadir pada ceramah kelompok yang dihadiri hampir 500 warga setempat.

Khairul berkata, kempen Melayu ditindas oleh Cina jika DAP terus memerintah Pinang Pinang hanya propaganda untuk menakut-nakutkan pengundi.

Terdahulu, penyandang Speaker Dun Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain mula-mula mendedahkan dokumen berwajib mengenai dakwaan yang mengait dengan dua pemimpin berkenaan.

Dua pemimpin Umno yang dimaksudkan adalah Datuk Musa Sheikh Fadzir (Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang merangkap Ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam) dan Datuk Omar Faudzar (Ketua Umno Bahagian Bukit Gelugor) melalui syarikat fraksi Maison Height Sdn. Bhd.

Sambil mendedahkan dokumen berwajib, Halim menasihat dua pemimpin Umno berkenaan supaya menjelas tarikh sebenar tanah Melayu Kampung Terang dijual.

Ekoran itu, dua pemimpin Umno berkenaan dihitung berjaya memperoleh untung kira-kira RM5 juta dalam masa tidak sampai empat bulan.

"Melayu kuda tunggangan DAP, tapi dua Umno untung RM5 juta sebab tipu 31 Melayu.

"Hari-hari DAP dituduh tipu Melayu dan perkuda Pas dan PKR.

"Umno belum menjadi kuda siapa-siapa, tetapi, 31 Melayu terang-terang sudah kena tipu," seloroh Khairul.

Khairul berkata, beliau bersetuju dengan ingatan Lim Guan Eng (pemangku Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP) yang menyebut tanah Melayu tidak selamat jika Umno kembali perintah Pulau Pinang.

5 kerusi Parlimen lagi untuk rampas Putrajaya :Husam

Pakatan Rakyat mampu tambah 5 kerusi lagi berbanding pilihan raya lepas sekaligus mengambil alih Putrajaya sempena PRU13, kata Datuk Husam Musa.

"Sebelum ini 118 kerusi di seluruh negara, saya tak suka main dengan angka...tetapi kita baru dapat maklumat dari 'sebelah sana', kita akan dapat 122 kerusi pada pilihan raya ini," kata calon Pas bagi Parlimen Putrajaya semalam.

Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Nurul Izzah Anwar (Naib Presiden PKR) turut hadir dalam ceramah yang dihadiri lebih 5,000 warga setempat.

Husam, Naib Presiden Pas yang juga calon Dun Salur dekat Kelantan berkata rakyat tidak perlu takut kepada pemimpin Umno dalam usaha mereka melahirkan sokongan kepada PR pada PRU kali ini.

Katanya lagi, rakyat mempunyai kuasa untuk memilih pemimpin sama ada mengekalkan atau menjatuhkannya.

"...Tengku Adnan lagi takut pada kita (rakyat), fasal kita ramai.

"Kuasa ada pada kita, kita akan jatuhkannya pada 5 Mei nanti, kenapa nak takut?," kata Husam yang mencabar Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Dalam pada itu, Husam turut menekankan mengenai manifesto PR termasuk isu tol, minyak dan sebagainya.

Husam juga mengulangi janjinya kepada warga Putrajaya untuk membantu menyelesaikan masalah yang ada di kawasan tersebut jika diberi mandat pada PRU13.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus