Tanah Melayu milik 31 warga Kampung Terang, Balik Pulau tidak mungkin berjaya dituntut kembali selepas ditipu beli oleh dua pemimpin Umno Pulau Pinang.
Justeru, 'DAP Melayu' Khairul Ishak berkata Melayu tidak perlu meletakkan harapan kepada Umno untuk membela nasib mereka di negeri berkenaan sempena PRU13 ini.
"Berani akar umbi Umno tuntut dua pemimpin parti perkauman itu arah kembalikan tanah Kampung Terang yang ditipu itu kepada 31 Melayu?
"Dua pemimpin Umno yang tipu tanah Melayu, seluruh rakyat diminta percaya DAP yang rampas tanah Melayu," tanya Khairul di Kampung Tok Panjang dekat Dun Bukit Tengah malam tadi.
Calon Dun Bukit Tengah, Ong Chin Wen, Stevan Sim Chee Keong (calon Parlimen Bukit Mertajam), Phee Boon Poh (calon Dun Sungai Puyu) dan Kasturi Patho (calon Parlimen Batu Kawan) turut hadir pada ceramah kelompok yang dihadiri hampir 500 warga setempat.
Khairul berkata, kempen Melayu ditindas oleh Cina jika DAP terus memerintah Pinang Pinang hanya propaganda untuk menakut-nakutkan pengundi.
Terdahulu, penyandang Speaker Dun Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain mula-mula mendedahkan dokumen berwajib mengenai dakwaan yang mengait dengan dua pemimpin berkenaan.
Dua pemimpin Umno yang dimaksudkan adalah Datuk Musa Sheikh Fadzir (Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang merangkap Ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam) dan Datuk Omar Faudzar (Ketua Umno Bahagian Bukit Gelugor) melalui syarikat fraksi Maison Height Sdn. Bhd.
Sambil mendedahkan dokumen berwajib, Halim menasihat dua pemimpin Umno berkenaan supaya menjelas tarikh sebenar tanah Melayu Kampung Terang dijual.
Ekoran itu, dua pemimpin Umno berkenaan dihitung berjaya memperoleh untung kira-kira RM5 juta dalam masa tidak sampai empat bulan.
"Melayu kuda tunggangan DAP, tapi dua Umno untung RM5 juta sebab tipu 31 Melayu.
"Hari-hari DAP dituduh tipu Melayu dan perkuda Pas dan PKR.
"Umno belum menjadi kuda siapa-siapa, tetapi, 31 Melayu terang-terang sudah kena tipu," seloroh Khairul.
Khairul berkata, beliau bersetuju dengan ingatan Lim Guan Eng (pemangku Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP) yang menyebut tanah Melayu tidak selamat jika Umno kembali perintah Pulau Pinang.
No comments:
Post a Comment