28 April 2013

5 kerusi Parlimen lagi untuk rampas Putrajaya :Husam

Pakatan Rakyat mampu tambah 5 kerusi lagi berbanding pilihan raya lepas sekaligus mengambil alih Putrajaya sempena PRU13, kata Datuk Husam Musa.

"Sebelum ini 118 kerusi di seluruh negara, saya tak suka main dengan angka...tetapi kita baru dapat maklumat dari 'sebelah sana', kita akan dapat 122 kerusi pada pilihan raya ini," kata calon Pas bagi Parlimen Putrajaya semalam.

Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Nurul Izzah Anwar (Naib Presiden PKR) turut hadir dalam ceramah yang dihadiri lebih 5,000 warga setempat.

Husam, Naib Presiden Pas yang juga calon Dun Salur dekat Kelantan berkata rakyat tidak perlu takut kepada pemimpin Umno dalam usaha mereka melahirkan sokongan kepada PR pada PRU kali ini.

Katanya lagi, rakyat mempunyai kuasa untuk memilih pemimpin sama ada mengekalkan atau menjatuhkannya.

"...Tengku Adnan lagi takut pada kita (rakyat), fasal kita ramai.

"Kuasa ada pada kita, kita akan jatuhkannya pada 5 Mei nanti, kenapa nak takut?," kata Husam yang mencabar Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Dalam pada itu, Husam turut menekankan mengenai manifesto PR termasuk isu tol, minyak dan sebagainya.

Husam juga mengulangi janjinya kepada warga Putrajaya untuk membantu menyelesaikan masalah yang ada di kawasan tersebut jika diberi mandat pada PRU13.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus