16 January 2015
Hukuman dua kontraktor JKSB “terlalu ringan”, kata MP Bayan Baru
Padah lewat salur peruntukan Projek Tebatan Banjir – Jagdeep Singh
RM12.6 juta agar JKKK tingkat mutu pelanggan
MPSP sasar 220 sekolah sertai Anugerah Sekolah Hijau 2015
MAIMUNAH Mohd. Sharif (lima dari kiri) menyempurnakan gimik majlis penyerahan pasu bunga kepada salah seorang guru sekolah di sini baru-baru, semalam. |
Exco Perumahan syor bank longgar syarat pinjaman
(Dari kiri) ONG Ban Seang, Maimunah Mohd. Sharif, Rosli Jaafar, Jagdeep Singh Deo dan Chow Kon Yeow di salah sebuah gerai pameran hartanah di sini baru-baru ini. |
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
PANTAI JEREJAK - Pembinaan rumah mampu milik yang dikatakan tidak mencukupi untuk menampung permintaan penduduk di negeri ini merupakan salah satu isu malar segar berbangkit dalam Sidang Kemuncak Hartanah Antarabangsa Pulau Pinang 2015 di sini.
Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo bagaimanapun berkata pihak bank sewajarnya mencari jalan untuk melonggarkan syarat pinjaman demi membolehkan lebih ramai layak membeli rumah mampu milik di negeri ini.
"Daripada REDHA (Pertubuhan Pemaju Hartanah & Perumahan Malaysia), kadar penolakan sehingga 70 peratus.
"Itu bermakna 10 orang yang pergi kepada bank untuk mendapatkan pinjaman bagi membeli rumah kos rendah atau kos sederhana rendah atau rumah mampu milik, tujuh ditolak.
"Kerajaan Negeri dan REHDA khuatir dengan perkembangan ini kerana ia akan menghalang tujuan dan niat kita membina rumah supaya sampai kepada tangan mereka yang perlu," ujar Jagdeep kepada wartawan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang (SPICE) baru-baru ini.
Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow, Dato' Jerry Chan (Pengerusi REDHA Pulau Pinang), Ong Ban Seang (Pengarah Sidang Kemuncak Hartanah Antarabangsa Pulau Pinang), Dato' Rosli Jaafar (Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang, PDC) dan Dato' Maimunah Mohd. Sharif (Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Seberang Perai, MPSP) turut menyertai sidang media itu.
Tambah Jagdeep, syor Bank Negara Malaysia (BNM) melonggarkan syarat pinjaman bukan sahaja menguntungkan rakyat, bahkan institusi perbankan sendiri.
"Apabila saya membeli rumah (kos rendah) berharga RM42,000 umpamanya, bank pun tahu bahawa harga rumah itu akan meningkat hampir RM100,000 kelak.
"Dah segi keselamatan, harga rumah ini akan meningkat...mengapa bank tidak mahu membantu Kerajaan Negeri," soal Jagdeep yang jika Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat.
Jerry Chan pada sidang media sama turut mengaku bahawa pemaju sukar menjual rumah mampu milik berharga RM200,000, RM300,000 dan RM400,000 disebabkan permohonan pinjaman perumahan sukar diluluskan oleh bank.
Sebelum itu, Kon Yeow mewakili Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng merasmikan persidangan dan ekspo hartanah selama dua hari itu.
Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?
SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...