05 November 2014

Pertahan Islam dengan dialog atau 'haramkan' SIS?

FITNAH tiga tokoh PAS di atas ini sebagai berfahaman Islam Liberal pun adalah bukan ajar Islam yang sebenar sebagaimana aksi ekstrem mahu SIS diharamkan secara perundangan. 

13 Ahli Kitab dari Najran yang diketuai Al-'Akib atau lebih terkenal dengan panggilan Abd Al-Masih datang ke Madinah Al-Munawwarah untuk berdialog mengenai kerasulan Nabi Muhammad S.A.W. dulu.

Mereka mengaku Nabi Isa A.S sebagai "Anak Tuhan" atas dalih bahawa Isa dilahirkan tanpa bapa, demi merendah-rendahkan martabat Nabi Muhammad S.A.W di depan masyarakat Madinah.

Rasulullah S.A.W memberitahu bahawa Nabi Adam A.S. bukan sahaja tidak mempunyai bapa bahkan ibu, sekaligus menolak hujah 13 Ahli Kitab berkenaan.

Ahli Kitab berkenaan tidak berpuas hati dan mahu meneruskan dialog itu dengan menyebut bahawa Isa bin Maryam adalah 'Anak Tuhan' dengan alasan Isa boleh menghidupkan orang mati.

Rasulullah S.A.W. memberitahu bahawa menghidupkan orang mati adalah salah satu mukjizat anugerah Allah kepada Nabi Isa A.S.

Rasulullah S.A.W berhujah lagi bahawa Nabi Musa pun mempunyai mukjizat yang hebat seperti Nabi Isa A.S, iaitu tongkatnya bertukar menjadi ular yang besar lalu memakan ular-ular para ahli sihir di istana Firuan suatu ketika dahulu.

13 Ahli Kitab dari Najran membantah-bantah mahu berdialog dengan Rasulullah S.A.W. sungguhpun mereka tidak mempunyai hujah, sehingga turunlah satu wahyu Allah.

Firman Allah yang bermaksud:

"Kemudian, sesiapa yang membantahmu (Wahai Muhammad s.a.w) mengenainya sesudah kamu mendapat pengetahuan yang besar, maka katakanlah kepada mereka: Marilah bersama-sama kita menyeru anak-anak kami dan anak-anak kamu dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu dan (hatta) diri kami dan diri kamu; kemudian kita memohon kepada Allah s.w.t dengan bersungguh-sungguh serta kita meminta lakna (daripada) Allah kepada orang-orang yang berdusta." (Surah Ali Iimran: 61)

Selebihnya, boleh rujuk kitab Tafsir Ibn Kathir, jilid 2, halaman 50.


KEMUSYKILAN
Ada dua beberapa soalan berbangkit di sebalik sunnah Rasulullah S.A.W pergi berdialog dengan 13 Ahli Kitab dari Najran berkenaan.

Pertama, mengapa Rasulullah S.A.W atau kedudukannya sebagai Ketua Negara Moden Madinah Al-Munawwarah tidak menggunakan pendekatan kekuasaan atau undang-undang ke atas 13 Ahli Kitab dari Najran berkenaan?

Kedua, mengapa Rasulullah S.A.W berdialog sedangkan pada masa itu adalah era Nubuwwah yang di dalamnya masih berlaku penurunan wahyu?

Di sinilah memperlihatkan Islam agama yang adil dan tidak melampaui batas.

Bukti Islam agama adil dapat dilihat melalui sunnah Rasulullah S.A.W mendepani ancaman peperangan dengan mempersiapkan peperangan yang setimpal.

Firman Allah yang bermaksud:

"Maka seranglah mereka sebagaimana mereka menyerang kamu..." [Surah Al-Baqarah: 194]

Rasulullah S.A.W berdialog kerana 13 Ahli Kitab Najran datang berdialog.

Jika Rasulullah S.A.W mengambil langkah kekuasaan atau perundangan semasa itu, sudah tentu dunia moden hari inipun akan mempersoal ketinggian akhlak Rasulullah S.A.W.

Lebih dari itu, Islam mungkin akan dianggap sebagai agama yang zalim, tidak menghormati kebebasan beragama, hak bersuara dan sebagainya; yang kini dijunjung sebagai nilai demokrasi di hampir semua negara termasuk negara majoriti umat Islam sendiri.

Sesungguhnya saling berdialog yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W adalah suatu amalan menghormati hak bersuara 13 Ahli Kitab dari Najran itu sahaja.

Sesungguhnya, sikap menghormati hak bersuara juga adalah suatu amalan yang perlu disuburkan dalam pergerakan dakwah Islamiyyah kini, kerana Islam turut menuntut penganutnya menunaikan hak orang lain.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Maka sesungguhnya bagi orang yang ada hak, maka hendaklah diberikan hak dia bersuara." (Bukhari: 2141)

Sabda Rasulullah s.a.w lagi yang bermaksud, "Berikan setiap yang mempunyai hak akan haknya." (Al-Bukhari: 5674)

Dari kisah dan beberapa hujah kecil di atas, fahamlah kita bahawa tersembunyi terlalu banyak 'ibrah (pengajaran) dan hikmah di sebalik sunnah Nabi Muhammad S.A.W tidak menafikan hak bersuara 13 Ahli Kitab berkenaan.

Rasulullah S.A.W berdialog untuk mempertahan kebenaran Islam, serta terbukti berjaya!


PENGAJARAN
Jika kita masih ingat, Kerajaan Perancis pada tahun 2012 pernah menghalang kehadiran Pengerusi Majmak Fiqh Al-Islami, Prof. Dr. Yusof bin Abdullah Al-Qardhawi dari menghadiri satu persidangan Islam anjuran Union for French Islamic Organizations (UOIF) di negara sekular berkenaan.

"Saya telah menjelaskan keputusan bahawa ada peribadi tertentu yang telah diundang ke kongres ini yang tidak diterima di tanah air Perancis.

"Saya memberikan indikasi kepada Emir Qatar sendiri bahwa orang ini tidak diterima di wilayah Republik Perancis...dia (Al-Qardhawi) tidak akan datang," tegas Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy dalam satu wawancara radia tempatan, France Radio pada 26 April 2012.

Selepas ketegasan itu, Presiden Perancis berkenaan bukan sahaja menerima kritikat hebat daripada pemimpin negara-negara umat Islam, bahkan, daripada pemimpin-pemimpin bukan Islam dari Eropah sendiri.

Inilah realiti yang berlaku dalam dunia moden, yang membuktikan bahawa Islam agama relevan sejak dulu hingga kini.

Jika Rasulullah S.A.W sendiri atas kedudukan sebagai Ketua Negara Moden Madinah Al-Munawwarah dahulu pun mengambil sikap seperti Nicolas Sarkozy, tentunya baginda S.A.W dan Islam akan menerima kritikan hebat sehingga kini.

Rupa-rupanya dialog ini bukan perkara yang baru dalam tradisi keilmuan Islam awal, malah telahpun ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W dahulu lagi.

Padanlah, percubaan menafikan dialog yang disertai Al-Qardhawi di Perancis pada tahun 2012 dulu menerima kritikan dari dunia Islam serta negara-negar sekular Eropah sendiri.

Belakangan ini, beberapa puak Islamis secara ekstremis tertentu ghairah mendesak Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya membatalkan pendaftaran NGO Sister In Islam (SIS).

Mereka menganggap langkah ekstrem itu wajar memandangkan SIS adalah pertubuhan yang membawa fahaman Islam Liberal, mirip dengan pergerakan Jaringan Islam Liberal (JIL) dekat Indonesia.

Mereka cuba mengelirukan khalayak, khususnya non-Muslim bahawa amalan ekstrem yang dilakukan oleh mereka itu adalah tuntutan jihad yang sebenar dalam Islam.

Jika Rasulullah S.A.W sendiripun pergi berdialog dengan 13 Ahli Kitab dari Najran sungguhpun doktrin agama Nasrani dan Yahudi jelas-jelas disebut menyeleweng dalam Al-Quran, takkan puak Islamis ekstrem hanya berani menuduh SIS sesat?

Takkan puak ekstrem Islamis hanya sekadar mendesak ROS mengharamkan SIS?

Takkan puak ekstem Islams hanya sekadar menuduh Khalid Samad, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa, Hanipa Maidin berfahaman Islam Liberal atas sebab beberapa pemimpin pregresif PAS tersebut tidak bersetuju SIS 'diharamkan' secara berperundangan?

Ingat sekali lagi, Rasulullah S.A.W sendiripun pergi berdialog dengan 13 Ahli Kitab dari Najran sungguhpun doktrin agama Nasrani dan Yahudi jelas-jelas disebut menyeleweng dalam Al-Quran.

Berdialog lah, kerana dialog itu dakwah yang boleh memujuk hati sekalian manusia untuk kembali mengenal Allah dan Rasul-Nya.

Menteri haram PPS akan hadapi semakan kehakiman - Guan Eng

KETUA Menteri dalam kenyataan media, mengutuk tuduhan Menteri di sini, tengah hari tadi.
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Kerajaan Negeri akan membuat semakan kehakiman di mahkamah berhubung pengumuman terbaru Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bahawa Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di Pulau Pinang sebagai pertubuhan haram.

Ketua Menteri, YAB Tuan Lim Guan Eng dalam kenyataannya berkata langkah itu wajar memandangkan pengumuman Ahmad Zahid itu adalah  berniat jahat atau 'mala-fide'.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri merancang untuk membuat semakan kehakiman di mahkamah demi menentang pengumuman Ahmad Zahid itu.

"Tindakan Ahmad Zahid berniat jahat serta tiada perundangan menahan 157 anggota PPS.

"Sehingga kini, tiada pendakwaan ke atas mereka yang ditangkap di mahkamah, yang secara jelas ini semua serangan bermotif politik untuk mengenakan PPS serta Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri.

"Kita akan tubuh pasukan perundangan untuk  prosiding mahkamah bagi melakukan semakan kehakiman demi menentang pengumuman Menteri (Ahmad Zahid) ini," ujar Guan Eng kepada wartawan, selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, tengah hari tadi.

Semua Exco Kerajaan Negeri turut menyertai sidang media tersebut.

Terdahulu, Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 26 Ogos lepas mendakwa kewujudan PPS adalah bersalahan dengan undang-undang, kerana tidak pernah ditubuhkan di bawah Akta Pertubuhan, 1966.

Dakwaan itu, selepas insiden ahli perniagaan Ong Eu Soon, 51, mengaku diserang oleh dua lelaki berpakaian seragam PPS di Air Itam baru-baru ini.

Seramai 157 anggota PPS kemudiannya ditangkap pada 31 Ogos lalu sejurus selesai menyertai perarakan Sambutan Hari Merdeka Peringkat Negeri di Padang Kota Lama di sini, sebelum direman semalaman dalam lokap polis.

Guan Eng kemudiannya mengumumkan keputusan rasmi Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, iaitu 'merehatkan' keseluruhan operasi PPS sehingga ada deklarasi daripada mahkamah.

Pada 4 November lepas, Ahmad Zahid mengumumkan PPS sebagai pertubuhan haram, serta mengarahkan aset rasmi pasukan sukarelawan tersebut dirampas.

Guan Eng pertikai lagi wibawa MIDA rekod FDI negeri

LIM Guan Eng menunjukkan rekod rasmi MIDA mengenai FDI negeri yang didakwa tidak meliputi kesemua sektor pelaburan di Pulau Pinang, dalam sidang media bersama-sama wartawan di DUN Pulau Pinang di sini baru-baru ini.  | Foto: arkib Buletin Mutiara, 

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng mempertikai lagi kewibawaan Lembaga Pelaburan Perindusterian Malaysia (MIDA) yang didakwa merekodkan angka pelaburan Pulau Pinang secara tidak tepat mengenai pelaburan asing langsung (FDI) untuk semua sektor, tanpa terlebih dahulu merujuk pada info sahih daripada Kerajaan Negeri.

Beliau berkata demikian sebagai respons pada dalih lanjut Timbalan Ketua Pegawai EksekutifI MIDA, Datuk Phang Ah Tong di portal berita TheMalaysian Insider baru-baru ini.

Ah Tong antara lain dilaporkan menyebut, lembaga Kerajan Pusat itu dalam tempoh Januari hingga Julai lepas direkodkan meluluskan sebanyak 95 projek pelaburan dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) bernilai RM4.6 bilion di negeri ini.

"Tanah untuk pemajuan industri hanya boleh disediakan oleh Kerajaan Negeri, tanpa tanah, bagaimana pelabur boleh melabur di Pulau Pinang."

"Maka, tanah adalah disediakan oleh Kerajaan Negeri sahaja, dan Kerajaan Pusat langsung tiada tanah (untuk tujuan) perindustrian di Pulau Pinang."

"Sepatutnya MIDA rujuk kita terlebih dahulu...tanpa merujuk pada kita, bagaimana dia boleh tahu angka pelaburan sebenar (di Pulau Pinang untuk semua sektor)," ujar Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam kepada wartawan di sini baru-baru ini.

Guan Eng merasmikan Pameran Solo Yang Berbahagia Datuk Abdul Rahman Rahim, bertemakan ‘Journey of a Travel Painter: Landscape Inspiration’ di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Terdahulu, Guan Eng mempertikai wibawa MIDA kerana lembaga Kerajaan Pusat berkenaan hanya merekodkan pelaburan asing langsung (FDI) ke Pulau Pinang untuk sektor E&E sahaja yang berjumlah berjumlah RM2.34 bilion, bukannya semua sektor.

MIDA turut dipertikai kerana agensi Kerajaan Pusat tersebut dalam tempoh Januari hingga September tahun ini direkodkan merujuk dua pelabur asing baharu sahaja kepada InvestPenang di bawah Kerajaan Negeri.

Sedangkan, kata Guan Eng, InvestPenang dalam tempoh sama direkodkan merujuk 13 pelabur asing baharu ke Pulau Pinang dengan agensi pusat berkenaan.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan menegaskan bahawa, seberapa banyak pun FDI ke negeri ini, akhirnya turut memberi manfaat kepada FDI negara.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus