FITNAH tiga tokoh PAS di atas ini sebagai berfahaman Islam Liberal pun adalah bukan ajar Islam yang sebenar sebagaimana aksi ekstrem mahu SIS diharamkan secara perundangan.
|
13 Ahli Kitab dari Najran
yang diketuai Al-'Akib atau lebih terkenal dengan panggilan Abd
Al-Masih datang ke Madinah Al-Munawwarah untuk berdialog mengenai
kerasulan Nabi Muhammad S.A.W. dulu.
Mereka mengaku Nabi Isa A.S
sebagai "Anak Tuhan" atas dalih bahawa Isa dilahirkan tanpa
bapa, demi merendah-rendahkan martabat Nabi Muhammad S.A.W di depan
masyarakat Madinah.
Rasulullah S.A.W memberitahu
bahawa Nabi Adam A.S. bukan sahaja tidak mempunyai bapa bahkan ibu,
sekaligus menolak hujah 13 Ahli Kitab berkenaan.
Ahli Kitab berkenaan tidak
berpuas hati dan mahu meneruskan dialog itu dengan menyebut bahawa
Isa bin Maryam adalah 'Anak Tuhan' dengan alasan Isa boleh
menghidupkan orang mati.
Rasulullah S.A.W.
memberitahu bahawa menghidupkan orang mati adalah salah satu mukjizat
anugerah Allah kepada Nabi Isa A.S.
Rasulullah S.A.W berhujah
lagi bahawa Nabi Musa pun mempunyai mukjizat yang hebat seperti Nabi
Isa A.S, iaitu tongkatnya bertukar menjadi ular yang besar lalu
memakan ular-ular para ahli sihir di istana Firuan suatu ketika
dahulu.
13 Ahli Kitab dari Najran
membantah-bantah mahu berdialog dengan Rasulullah S.A.W. sungguhpun
mereka tidak mempunyai hujah, sehingga turunlah satu wahyu Allah.
Firman Allah yang bermaksud:
"Kemudian, sesiapa yang
membantahmu (Wahai Muhammad s.a.w) mengenainya sesudah kamu mendapat
pengetahuan yang besar, maka katakanlah kepada mereka: Marilah
bersama-sama kita menyeru anak-anak kami dan anak-anak kamu dan
perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu dan (hatta)
diri kami dan diri kamu; kemudian kita memohon kepada Allah s.w.t
dengan bersungguh-sungguh serta kita meminta lakna (daripada) Allah
kepada orang-orang yang berdusta." (Surah Ali Iimran: 61)
Selebihnya, boleh rujuk
kitab Tafsir Ibn Kathir, jilid 2, halaman 50.
KEMUSYKILAN
Ada
dua beberapa soalan berbangkit di sebalik sunnah
Rasulullah
S.A.W pergi berdialog dengan 13 Ahli Kitab dari Najran berkenaan.
Pertama, mengapa Rasulullah S.A.W atau kedudukannya sebagai Ketua
Negara Moden Madinah Al-Munawwarah tidak menggunakan pendekatan
kekuasaan atau undang-undang ke atas 13 Ahli Kitab dari Najran
berkenaan?
Kedua,
mengapa Rasulullah S.A.W berdialog sedangkan pada masa itu adalah era
Nubuwwah yang
di dalamnya masih berlaku penurunan wahyu?
Di sinilah memperlihatkan Islam agama yang adil dan tidak melampaui
batas.
Bukti Islam agama adil dapat dilihat melalui sunnah Rasulullah S.A.W
mendepani ancaman peperangan dengan mempersiapkan peperangan yang
setimpal.
Firman Allah yang bermaksud:
"Maka seranglah mereka sebagaimana mereka menyerang kamu..."
[Surah Al-Baqarah: 194]
Rasulullah S.A.W berdialog kerana 13 Ahli Kitab Najran datang
berdialog.
Jika Rasulullah S.A.W mengambil langkah kekuasaan atau perundangan
semasa itu, sudah tentu dunia moden hari inipun akan mempersoal
ketinggian akhlak Rasulullah S.A.W.
Lebih dari itu, Islam mungkin akan dianggap sebagai agama yang zalim,
tidak menghormati kebebasan beragama, hak bersuara dan sebagainya;
yang kini dijunjung sebagai nilai demokrasi di hampir semua negara
termasuk negara majoriti umat Islam sendiri.
Sesungguhnya saling berdialog yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W
adalah suatu amalan menghormati hak bersuara 13 Ahli Kitab dari
Najran itu sahaja.
Sesungguhnya, sikap menghormati hak bersuara juga adalah suatu amalan
yang perlu disuburkan dalam pergerakan dakwah Islamiyyah kini, kerana
Islam turut menuntut penganutnya menunaikan hak orang lain.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Maka sesungguhnya bagi
orang yang ada hak, maka hendaklah diberikan hak dia bersuara."
(Bukhari: 2141)
Sabda Rasulullah s.a.w lagi yang bermaksud, "Berikan setiap yang
mempunyai hak akan haknya." (Al-Bukhari: 5674)
Dari
kisah dan beberapa hujah kecil di atas, fahamlah kita bahawa
tersembunyi terlalu banyak 'ibrah (pengajaran)
dan hikmah di sebalik sunnah Nabi Muhammad S.A.W tidak
menafikan hak bersuara 13 Ahli Kitab berkenaan.
Rasulullah
S.A.W berdialog untuk mempertahan kebenaran Islam, serta terbukti
berjaya!
PENGAJARAN
Jika
kita masih ingat, Kerajaan Perancis pada tahun 2012 pernah menghalang
kehadiran Pengerusi Majmak Fiqh Al-Islami, Prof. Dr. Yusof bin
Abdullah Al-Qardhawi dari menghadiri satu persidangan Islam anjuran
Union for French Islamic Organizations (UOIF) di negara sekular
berkenaan.
"Saya
telah menjelaskan keputusan bahawa ada peribadi tertentu yang telah
diundang ke kongres ini yang tidak diterima di tanah air Perancis.
"Saya
memberikan indikasi kepada Emir Qatar sendiri bahwa orang ini tidak
diterima di wilayah Republik Perancis...dia (Al-Qardhawi) tidak akan
datang," tegas Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy dalam satu
wawancara radia tempatan, France Radio
pada 26 April 2012.
Selepas ketegasan itu, Presiden Perancis berkenaan bukan sahaja
menerima kritikat hebat daripada pemimpin negara-negara umat Islam,
bahkan, daripada pemimpin-pemimpin bukan Islam dari Eropah sendiri.
Inilah realiti yang berlaku dalam dunia moden, yang membuktikan
bahawa Islam agama relevan sejak dulu hingga kini.
Jika Rasulullah S.A.W sendiri atas kedudukan sebagai Ketua Negara
Moden Madinah Al-Munawwarah dahulu pun mengambil sikap seperti
Nicolas Sarkozy, tentunya baginda S.A.W dan Islam akan menerima
kritikan hebat sehingga kini.
Rupa-rupanya dialog ini bukan perkara yang baru dalam tradisi
keilmuan Islam awal, malah telahpun ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W
dahulu lagi.
Padanlah, percubaan menafikan dialog yang disertai Al-Qardhawi di
Perancis pada tahun 2012 dulu menerima kritikan dari dunia Islam
serta negara-negar sekular Eropah sendiri.
Belakangan
ini, beberapa puak Islamis secara ekstremis tertentu ghairah mendesak
Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya membatalkan pendaftaran NGO Sister
In Islam (SIS).
Mereka menganggap langkah ekstrem itu wajar memandangkan SIS adalah
pertubuhan yang membawa fahaman Islam Liberal, mirip dengan
pergerakan Jaringan Islam Liberal (JIL) dekat Indonesia.
Mereka
cuba mengelirukan khalayak, khususnya non-Muslim
bahawa amalan ekstrem yang dilakukan oleh mereka itu adalah tuntutan
jihad yang sebenar dalam Islam.
Jika Rasulullah S.A.W sendiripun pergi berdialog dengan 13 Ahli Kitab
dari Najran sungguhpun doktrin agama Nasrani dan Yahudi jelas-jelas
disebut menyeleweng dalam Al-Quran, takkan puak Islamis ekstrem hanya
berani menuduh SIS sesat?
Takkan puak ekstrem Islamis hanya sekadar mendesak ROS mengharamkan
SIS?
Takkan puak ekstem Islams hanya sekadar menuduh Khalid Samad, Datuk
Dr. Mujahid Yusof Rawa, Hanipa Maidin berfahaman Islam Liberal atas
sebab beberapa pemimpin pregresif PAS tersebut tidak bersetuju SIS
'diharamkan' secara berperundangan?
Ingat sekali lagi, Rasulullah S.A.W sendiripun pergi berdialog dengan
13 Ahli Kitab dari Najran sungguhpun doktrin agama Nasrani dan Yahudi
jelas-jelas disebut menyeleweng dalam Al-Quran.
Berdialog lah, kerana dialog itu dakwah yang boleh memujuk hati
sekalian manusia untuk kembali mengenal Allah dan Rasul-Nya.
No comments:
Post a Comment