05 November 2014

Menteri haram PPS akan hadapi semakan kehakiman - Guan Eng

KETUA Menteri dalam kenyataan media, mengutuk tuduhan Menteri di sini, tengah hari tadi.
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Kerajaan Negeri akan membuat semakan kehakiman di mahkamah berhubung pengumuman terbaru Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bahawa Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di Pulau Pinang sebagai pertubuhan haram.

Ketua Menteri, YAB Tuan Lim Guan Eng dalam kenyataannya berkata langkah itu wajar memandangkan pengumuman Ahmad Zahid itu adalah  berniat jahat atau 'mala-fide'.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri merancang untuk membuat semakan kehakiman di mahkamah demi menentang pengumuman Ahmad Zahid itu.

"Tindakan Ahmad Zahid berniat jahat serta tiada perundangan menahan 157 anggota PPS.

"Sehingga kini, tiada pendakwaan ke atas mereka yang ditangkap di mahkamah, yang secara jelas ini semua serangan bermotif politik untuk mengenakan PPS serta Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri.

"Kita akan tubuh pasukan perundangan untuk  prosiding mahkamah bagi melakukan semakan kehakiman demi menentang pengumuman Menteri (Ahmad Zahid) ini," ujar Guan Eng kepada wartawan, selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, tengah hari tadi.

Semua Exco Kerajaan Negeri turut menyertai sidang media tersebut.

Terdahulu, Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 26 Ogos lepas mendakwa kewujudan PPS adalah bersalahan dengan undang-undang, kerana tidak pernah ditubuhkan di bawah Akta Pertubuhan, 1966.

Dakwaan itu, selepas insiden ahli perniagaan Ong Eu Soon, 51, mengaku diserang oleh dua lelaki berpakaian seragam PPS di Air Itam baru-baru ini.

Seramai 157 anggota PPS kemudiannya ditangkap pada 31 Ogos lalu sejurus selesai menyertai perarakan Sambutan Hari Merdeka Peringkat Negeri di Padang Kota Lama di sini, sebelum direman semalaman dalam lokap polis.

Guan Eng kemudiannya mengumumkan keputusan rasmi Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, iaitu 'merehatkan' keseluruhan operasi PPS sehingga ada deklarasi daripada mahkamah.

Pada 4 November lepas, Ahmad Zahid mengumumkan PPS sebagai pertubuhan haram, serta mengarahkan aset rasmi pasukan sukarelawan tersebut dirampas.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus