MOHD. Salleh Man menerima cenderamata daripada Y.H. Taufiq Yap, sambil disaksikan oleh ahli rombongan Hidayah Centre lain pada majlis kunjungan hormat di Ibu Pejabat MAINPP di sini, tengah hari tadi. |
21 April 2014
Bangsa majmuk lebih mudah terima Islam, respons PAS kepada ISMA
Karpal berjaya didik anak berprinsip sepertinya, kata ADUN PAS P.Pinang
Promosi tidak langsung polis mengenai demontrasi anti GST 1 Mei?
'Harimau Jelutong' pergi meninggalkan belang, nama
KELIHATAN kaum wartawan dan hadirin berpusu-pusu sesak menyaksikan keranda Karpal Singh diarak keluar dari Dewan Sri Pinang, George Town, semalam. |
JALAN Farquhar dekat Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menuju Ke St. Xevier's Institution dibanjiri oleh hadirin, sebagai simbol penghormatan terakhir kepada Tiger of Jelutong Karpal Singh, semalam. |
Sepanjang hidup bergelar pengamal undang-undang, Karpal dikenali sebagai sebagai pemimpin berprinsip apabila berani membela seorang wanita Islam yang dipecat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak pada awal tahun 1990-an hanya kerana mangsa memakai purdah.
Jawapan pada status hukum Anwar Ibrahim, Mat Sabu tunduk kepada mendiang Karpal Singh yang digambarkan terpesong akidah oleh macai Umno di Facebook
“Tiadalah sepatutnya bagi Nabi dan orang yang beriman meminta ampun bagi orang musyrik, walaupun orang musyrik itu adalah kaum kerabat sendiri..."
[Surah at-Taubah: 113]
Sahl bin Hunaif dan Qees bin Saad meriwayatkan, Sesungguhnya Nabi SAW dilintasi di hadapannya oleh satu jenazah, lalu baginda berdiri. Diberitakan kepada baginda bahawa ia adalah jenazah seorang Yahudi. Lalu baginda bersabda: Tidakkah ia satu jiwa?
[Riwayat Bukhari: No.1,250, & Muslim: 961]
“Ya Allah! Engkau kuatkan Islam dengan salah seorang dari dua lelaki yang Engkau lebih sayang; Abu Jahl atau ‘Umar bin Al-Khattab”.
[Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim, dinilai sahih oleh al-Zahabi]
“Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”.
[Surah al-Mumtahanah ayat 7-8]
George Town
Jelajah Tabung Angsa Bertelur Emas ke Caw. PAS Kebun Sireh malam ini
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
BUKIT TENGAH - Jelajah Lajnah Ekonomi PAS Pulau Pinang dalam menjelaskan projek Tabung Angsa Bertelur Emas seterusnya di Cawangan Kebun Sireh pada 9.15 malam ini.
Pengerusi Lajnah, Zolkifly Md. Lazim turut akan membentangkan idea mengayakan manfaat RM1 juta yang diinfaqkan oleh 1,000 ahli PAS Pulau Pinang demi masa depan parti, di kediaman bekas Pengerusi Tetap PAS Kawasan Batu Kawan, Mohd. Kamal Abdullah dekat Kg. Gambir di sini.
Peguam kontroversi Dr. Ahmad Jailani Abdul Ghani yang baru dilantik sebagai penasihat tabung amanah tersebut turut dijangka hadir ke majlis malam ini.
Terdahulu, Zolkifly melancarkan kempen sertai Tabung Amanah Angsa Bertelur Emas peringkat Cawangan Sungai Tiram, selain pertemuan korporat dengan pemimpin utama syarikat insurans AIG Malaysia.
Projek Tabung Amanah Angsa Bertelur Emas diangkat sebagai projek PAS peringkat negeri, dan dilancarkan oleh parti di Komtar, George Town dengan kerjasama Ahli Mesyuarat Kerajaan (MKK) Penerangan Negeri.
Abadikan nama Karpal di mana-mana perpustakaan negeri, cadang PAS P.Pinang
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
BUKIT TENGAH - Nama Karpal Singh lebih wajar diabadikan pada mana-mana perpustakaan di negeri ini, sesuai dengan kewibawaan Tiger of Jelutong itu dalam meninggikan maksud perlembagaan negara.
Anggota Dewan Perhubungan PAS Pulau Pinang, Zolkifly Md. Lazim (gambar: duduk, paling kiri) mencadangkan demikian semasa menyertai rombongan pemimpin partinya ke majlis penghormatan terakhir kepada Karpal di kediaman mendiang dekat Kebun Bungah, kelmarin.
Cadangan itu sebagai respons pada kenyataan Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng bahawa Kerajaan Negeri bercadang mengubah nama satu pesiaran di negeri ini sempena memperingati jasa Karpal, yang juga peguam terkenal berkenaan.
"Perpustakaan peribadi antara tinggalan berharga yang diburu apabila seorang negarawan meninggal dunia.
"Sebab itu, saya cadang nama Karpal diabadikan pada mana-mana perpustakaan supaya koleksi bacaan pemimpin hebat itu yang mungkin masih dalam simpanan keluarga mendiang boleh dinikmati oleh orang ramai nanti," ujar Zolkifly yang juga Pengerusi Lajnah Ekonomi PAS Pulau Pinang kepada Guan Eng, dipetik wartawan.
Rombongan PAS disertai oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dan Hanipa Maidin (Ahli Parlimen Sepang).
Mereka disantuni oleh Guan Eng dan Lim Kit Siang (Ahli Parlimen Gelang Patah merangkap Penasihat DAP Kebanggaan).
Dalam perkembangan berkaitan, Khalid melahirkan rasa kesal kerana Karpal digambarkan sebagai ahli politik anti Islam.
Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?
SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...