07 February 2016

Ikut kakak memeluk Islam, kata gadis Wendy kepada MyIKUT

WENDY Mala (duduk, tengah) merakamkan gambar dengan Doktor perubatan di D'BM Hospital, Dr. Rosnah Abu Hassan (berdiri, kiri) dan Cikgu Nurul Husna Yaacob (duduk, kiri) dekat Cafe Pangsapuri Seri Bayu dekat Bayan Lepas di sini, malam ini. 
WENDY Mala (paling kiri) saling berinteraksi dengan Nor AZLEY Stanley  (paling kanan), sambil disaksikan  oleh aktivis dakwah non-Muslim lain di Cafe Pangsapuri Seri Bayu dekat Bayan Lepas, malam ini. 
AKTIVIS dakwah kebajikan "MAKSIMA Brother" turut menyampaikan sumbangan kepada Wendy Mala  (paling kiri), sambil disaksikan oleh Zolkifly Md. Lazim (dua dari kiri) sejurus selesai majlis melafazkan syahadatain di sini, malam ini. 

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Selepas lapan tahun merantau dan bekerja di Tanjung Tokong, akhirnya Wendy Mala, 29, mengambil keputusan melafazkan syahadatain pada malam ini. 

"Sebenarnya terdetik sejak dua tahun lalu lagi apabila kakak bekerja kilang dan akhirnya memeluk Islam.

"Keluarga kami memang suka enjoy, tetapi nampak berbeza sangat pada kakak selepas memeluk agama Islam.

"Sebenarnya dulu Kakak pernah mengajak saya memeluk Islam, tetapi saya buat tak kisah.

"Malam ini, saya akan memeluk Islam tetapi kakak tak tahu lagi, sengaja untuk buat kejutan kepadanya juga selepas ini," Wendy, lengkap memakai tuduh sungguhpun belum melafazkan syahadatain lagi.

Beliau berkongsi pengalaman memeluk agama Islam dengan Presiden IKUT Mewakili 10,000 Suara Reverts Pulau Pinang (MyIKUT) Nor Azley Stanley dan penaung NGO itu Tuan Haji Zolkifly Md Lazim serta Sdr. Fadzly Shaafie (Pengerusi Majlis Kebajikan Saudara Islam Malaysia, MAKSIMA Brother) dan Azizan Memali  aka KERABAT.

Wendy adalah berketurunan batak, dan beragama Kristian. Keluarganya masih ada bermastautin di Danautoba dekat Medan, Indonesia.

Beliau mempunyai dua saudara kandung lelaki, serta dua saudara kandung perempuan.

Kakaknya Aishah atau nama sebenarnya Maha Paska Mala, 30, pekerja kilang Obey dekat Relau telah memeluk Islam dua tahun lalu.

Zolkifly dalam ucapannya melahirkan rasa syukur kerana majlis melafazkan syahadatain dapat dibawa ke tengah Cafe Pangsapuri Seri Bayu dekat Bayan Lepas.

Zolkifly berkongsi pengalaman memimpin menyempurnakan syahadatain seorang gadis warganegara Thailand di  Surat Thani dan seorang lagi 'bonzer' yang masih menguasai beberapa bar di Pulau Pinang.

"Syahadatain ini akan menjadi saksi bukan sahaja pada diri saudari Wendy, tetapi menjadi semua komuniti umat Islam setempat agar membantu Saudari Baru ini dalam menyempurnakan maksud agamanya.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus