Skip to main content

Posts

Showing posts from September 8, 2015

Polis mangsa serangan warga asing diziarahi MP Bukit Mertajam

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
BERAPIT - Unit Siasatan Jenayah (USJ) memerlukan lebih ramai anggota supaya insiden seorang polis dalam tugas diserang lebih 20 warga asing di Bukit Tengah tidak lagi berulang.
Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong berkata demikian selepas melawat mangsa, Koperal Khosim Hat yang masih menerima rawatan di Hospital Bukit Mertajam di sini, petang tadi.
"Orang seperti Koperal Khosim Hat ini merupakan anggota contoh di mana beliau benar-benar berkhidmat melawan jenayah sehingga merisikokan bahaya pada nyawa sendiri.
"Anggota yang melawan jenayah kira-kira 10 peratus daripada keseluruhan polis kira-kira 100,000 orang.
"Sudah beberapa kali saya katakan di Parlimen supaya bilangan mereka yang melawan jenayah ini tidak boleh 10 peratus sahaja, tetapi mesti ditingkatkan lagi.
"Ini penting supaya polis betul-betul mampu melawan jenayah dan melindungi masyarakat kita," jelas Steven Sim kepada wartawan, selepas menyampaikan buah tanga…