21 June 2013

Respons pekerja am tubuh jawatankuasa spesifikasi MPSP

MAIMUNAH Mohd. Sharif (berdiri) menyampaikan ucapan sebelum berlangsungnya interaksi dua hala dengan pekerja-pekerja amnya.

Pentadbir Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menyambut baik insitif persatuan sekerjanya mengadakan interaksi dua hala membabitkan pekerja am peringkat Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Pera Selatan (SPS) baru-baru ini.

Yang Dipertua MPSP, Maimuna Mohd. Sharif berkata, pertemuan sebegitu membantu jawatankuasa kecil spesifikasi untuk menyediakan peralatan bersesuaian dengan kehendak pekerja am majlis.

"Idea penubuhan jawatankuasa (kecil) spesifikasi ini sebenarnya adalah hasil interaksi dua hala dengan pekerja-pekerja am peringkat operasi sendiri.

"Kadang-kadang, kita membeli peralatan baru untuk kemudahan bekerja, tetapi, tidak sesuai dengan kehendak pekerja kita.

"Jadi, jawatankuasa (spesifikasi) ini akan mendapatkan maklum balas pekerja am terlebih dahulu mengenai peralatan yang diperlukan oleh mereka sebelum kita (pentadbiran) membeli," ujar beliau depan hampir 500 pekerja am sekitar SPU di dewan Kompleks Sukan MPSP, Bertam.

Hampir semua Ketua Jabatan MPSP hadir pada majlis interaksi dua hala tersebut.

Difahamkan, Maimunah sebelum itu turut menghadiri majlis serupa peringkat SPT dan SPS.

Maimunah berkata, kejayaan tadbir urus MPSP selama ini pun sebenarnya tergantung pada sikap kebersamaan serta kebertanggungjawaban dalam kalangan majikan dan pekerja.

Justeru, beliau berkata, MPSP akan terus memberi peluang pekerjaan kepada mereka yang benar-benar layak sahaja demi meningkatkan kualiti tadbir urus majlis. -END

Tambah CCTV jamin George Town selamat

CCTV dipasang di Komtar.
Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) akan menambah kira-kira 100 lagi kamera litar tertutup (CCTV) menjelang akhir tahun ini demi merealisasikan George Town sebagai bandar selamat bertaraf dunia.

Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri mengeluarkan RM1 juta lagi peruntukan tambahan menjadi keseluruhan peruntukan untuk memasang CCTV berjumlah RM1.4 juta.

"Kita (Kerajaan Negeri) serius dan komited untuk membanteras jenayah. Maka, kita akan memasang lebih banyak CCTV sesegera mungkin," ujar beliau di Dewan Bandaran MPPP, George Town baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih itu berkata, Kerajaan Negeri turut akan memasang lebih banyak lampu jalan demi keselamatan rakyat di negeri berkenaan.

Sejak 2008, MPPP memasang lebih 30 CCTV di pulau, khususnya kawasan sasaran jenayah.

Dengan peruntukan tambahan terbaru itu, dianggarkan, 70 lagi CCTV akan mula beroperasi selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Februari lepas, dua CCTV lengkap dengan alat pembesar suara yang berhubung terus dari balai polis dipasang di sekitar George Town, iaitu di Love Lane, Muntri Street dan Stewart Lane bagi memberi isyarat amaran kepada suspek pesalah.

Itu, tidak termasuk kamera yang sedia dipasang sejak 20 tahun lepas di sekitar Komtar dan 'jejantas sotong' yang menghubungkan Jalan Penang, Jalan Dr. Lim Chwee Leong dan Jalan Burmah.

Idea memperbanyak CCTV dalam kawasan sasaran jenayah disegarkan semula oleh pentadbiran Guan Eng selepas insiden janda, Tan Kim Chuan, 60, meninggal dunia di tempat kejadian pada Julai tahun lepas.

Pergelutan mangsa dengan peragut yang sempat dirakam melalaui CCTV sedia ada akhirnya mendorong Kerajaan Negeri menambah lagi bilangan alat keselamatan itu demi mencegah jenayah serupa dari berulang di sini kelak. -END

30 siswa, pensyarah Hong Kong lawat MPSP

MAIMUNAH Mohd. Sharif (dua dari kanan) berinteraksi dengan mahasiswa-mahasiswi dari Hong Kong sambil diperhati oleh Rozali Mohamud (paling kanan, berkopiah). 

Lebih 30 mahasiswa dari College University of City dekat Hong Kong mengadakan lawatan sambil belajar ke Pulau Pinang, antara lain mengenai tadbir urus mesra pelanggan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) Bukit Mertajam.

Mereka diiringi Pensyarah Jabatan Sains Sosial universiti berkenaan, To Ho-Pong dan Parry Leung Pak Nang (gambar).

Pak Nang berkata, tadbir urus MPSP sebagai pihak berkuasa tempatan seakan memberi lebih partisipasi kepada pelanggan dalam menentukan hala tuju perbandaran Seberang Perai, berbanding di negaranya.

Justeru, katanya lagi, tidak hairanlah sekiranya para penuntutnya menyimpan cita-cita untuk berkunjung lagi ke Pulau Pinang selepas mengikuti lawatan selama dua hari di negeri berkenaan dan ibu negara, Kuala Lumpur.

Beliau turut memuji pendekatan MPSP dalam menghargai partisipasi pelanggan seperti mengiktiraf peranan 'MPSP Watch' menerusi facebook serta aplikasi 'BetterPenang' menerusi telefon mudah alih iPhone.

Sebelum pada itu, mereka saling bertinteraksi dengan Setiausaha MPSP, Sr. Rozali Mohamud.

Rozali berkata, warga Seberang Perai yang membayar cukai layak menerima hak sebagai pelanggan MPSP.

"Sesetengah orang (PBT) berasa mereka tidak perlu dirujuk kembali untuk sebarang pendapat yang mereka lontarkan.

"Tetapi, kita (MPSP) cuba untuk menjelaskan kepada mereka (pelanggan) bahawa ia (hak untuk memberikan pendapat) itu adalah hak mereka sebagai pembayar cukai dan kita (MPSP) akan melaksanakannya," ujar beliau di Kompleks Ibu Pejabat MPSP, Bandar Perda di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, partisipasi pelanggan menerusi media sosial seperti Facebook sebenarnya banyak membantu MPSP menyediakan perkhidmatan terbaik untuk warga setempat.

Maka, katanya lagi, setiap pelanggan yang berwajib sebenarnya dianggap sebahagian daripada 'keluarga MPSP' sendiri.

Selepas menikmati jamuan tengah hari, delegasi tersebut diramahi oleh Yang Dipertua MPSP, Maimunah Mohd. Sharif pula.

Maimunah berharap MPSP menerima lebih banyak lagi delegasi asing seperti rombongan dari Hong Kong tersebut kelak.

"Kita (MPSP) senantiasa melihat ke depan untuk bertemu lebih banyak lagi deligasi asing, bukan sahaja dalam bidang pelanongan, tetapi, turut dari segi mempromosi tadbir urus yang baik dalam pertadbiran (MPSP) kami," ujar beliau dalam satu sidang media selepas upacara bergambar kenang-kenangan dengan rombongan dari Hong Kong tersebut. -END

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus