Skip to main content

Posts

Showing posts from April 27, 2015

Bela asnaf maqasid syariah zakat – YDP MAINPP

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
PENANTI - Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) akan terus membela golongan asnaf terpilih melalui agihan daripada sumber zakat, walaupun pembangkang Pulau Pinang kian menggambarkan kononnya Kerajaan Negeri sekarang cuba menindas umat Islam di negeri ini.
Yang di-Pertua MAINPP, Dato' Mohd. Salleh Man berkata demikian pada Majlis Menyerahan Bantuan Daripada Sumber Zakat ZPP Peringkat Negeri Pulau Pinang baru-baru ini.
Maqasid syariah (objektif pensyariatan) zakat ini bukan sekadar untuk menyucikan harta tiap-tiap kita sebagai umat Islam, tetapi, untuk membersihkan jiwa, dan yang lebih penting adalah untuk membina hubungan kemanusiaan sesama ummah dengan membela golongan asnaf-asnaf yang layak.
“Dan, pada hari ini, sebanyak RM239,950 daripada sumber zakat akan diagihkan kepada 239 penerima pelbagai ketegori, sebagai pembelaan ummah atas pelbagai keperluan mereka terpilih ini,” ujar Mohd. Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang…