Skip to main content

Posts

Showing posts from September 1, 2014

PPS ‘rehat’ hingga ada keputusan mahkamah

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri memutuskan aktiviti membabitkan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) direhatkan sehingga Mahkamah membuat ketetapan berhubung status kesahihan badan sukarela negeri berkenaan.
Dalam satu kenyataan bersama, Kerajaan Negeri turut memutuskan untuk menyediakan khidmat guaman dan bantuan kewangan kepada 156 anggota PPS yang ditahan reman semalam, sejurus selesai upacara perarakan Hari Merdeka Peringkat Negeri di Padang Kota di sini.
"(Kerajaan negeri) memutuskan untuk merehatkan peserta-peserta PPS daripada semua aktiviti berkaitan di Pulau Pinang sehingga keputusan mahkamah dibuat tentang kesahihan PPS.
"Semua peserta PPS yang ditahan itu akan diberikan sumbangan RM200 setiap hari ditahan serta apa-apa kerugian munasabah yang dialami semasa dalam tahanan,” ujar sumber kepada wartawan petang tadi.
Ketua PPS merangkap Exco Kebajikan & Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh yang turut ditahan semalam …

138 pelajar terima Biasiswa Kecil Negeri

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB 
SEBERANG JAYA - 138 pelajar terpilih daripada lima sekolah di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Seberang Jaya menerima sumbangan RM101,280 Biasiswa Kecil Negeri Pulau Pinang.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr. Afif Bahardin dalam ucapannya berharap semua pelajar terpilih berkenaan memanfaatkan biasiswa masing-masing sebaik mungkin.
"Kerajaan Negeri hanya mampu membantu melalui pemberian biasiswa seumpama ini kepada mereka yang layak.

"Tetapi, masa depan tiap-tiap pelajar sebenarnya boleh dipilih atau diubah dengan syarat mereka sendiri tekud memburu kejayaan di sekolah mulai hari ini,” ujar Dr. Afif yang juga Exco Pertanian & Industri Asas Tani dan Kesihatan di sini, petang tadi.
Hadir sama, Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) Abdul Jalil Che Ros di Auditorium Kompleks Ibupejabat MPSP Bandar Perda di sini.
Difahamkan, seramai 23 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seberang Jaya mener…

Tubuh COMBI P.Pinang cegah wabak zoonotik

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
KEPALA BATAS - Satu seminar kesedaran pri bahaya wabak Zoonotik Babi diadakan di Kampung Selamat di sini, selepas terdapat kes Japanese Encephalitis (JE) pada manusia yang dipercayai berjangkit dari kawasan tersebut baru-baru ini. 
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Datuk Dr. Lailanor Ibrahim berkata, pihaknya akan menubuhkan Communication for Behavioural Impact (COMBI) di sini demi mencegah wabak berjangkit yang berpunca oleh pembiakan babi di sini.
"Walaupun keputusan ujian darah yang diambil pada penternak babi adalah negatif, aspek pengawalan penyakit tetap perlu diambil tindakan memandangkan penyakit JE adalah penyakit zoonotik jangkitan haiwan kepada manusia yang dibawa oleh nyamuk.
"Babi dan burung liar adalah perumah pengganda bagi virus JE ini," ujar Dr. Lailanor kepada wartawan, selepas selesai seminar sepetang d sini.
Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (PPK) Pinang Tunggal, Ustaz Muhasdey Muhammad turut hadir, mewakili Ex…